Wednesday, March 22, 2017

"Lain Yang Dipesan, Lain Yang Dibuat Lepas Tu Caj Mahal" Keluhan Pengguna Cetus Reaksi Negatif Netizen


Pulau Pinang terkenal sebagai lokasi makanan dan kepelbaaian citarasa yang berbeza dan menarik. Ianya menjadi pilihan rakyat Malaysia serta pelancong asing.

Pun begitu, nampaknya ada sesetengah pengusaha makanan yang mengambil kesempatan atas permintaan tinggi yang datangnya dari masyarakat setempat dan luar ini.

Seorang netizen bernama Aizat Khalid meluahkan rasa terkilan dan tidak berpuas hati dengan 'modus operandi' yang dilakukan oleh sesetengah peniaga di Transfer Road.

Katanya, bukan sekali dua terkena sebaliknya kerap kali dia dipermainkan.

Blacklist.

Dah tak boleh pi Roti Canai Transfer Road. Kuat ketuk harga. Sekali dua kali boleh terima. Kerap kerap elok kita cari Roti Canai tempat lain laa.

Kalau hampa order Roti Canai + Daging seketui. Depa nanti bohh teruih 2 ketui daging. Kita pun makan la ingat depa boh 2 ketui tu sebab daging kecik. Tapi kita silap, depa boh 2 ketuii ikut suka hati depa walaupun kita minta seketui. Lepastu nanti kira harga 2 ketui.

Baru ni depa bawa mai game baru. Order macam biasa Roti Canai + Daging seketui. Depa letak daging 2 ketui dah memang kita tau dah. Kita okay lagi. Game kali ni depa nanti letak Roti Canai Telor walaupun kita minta Roti Canai Kosong.

Kita makan makan pastu tanya depa, nanti jawab " Oh Roti Canai kosong kalau lambat siap, makan saja Roti Canai Telor ". Lambat ka dak ka, aku tunggu la. Ni dok buat pandai pandai bohh Roti Canai Telor. Bagiii baraaa! Aku taktau la orang luaq dok kena ketuk harga macam mana.

Kadang saja suruh depa kira dua kali. Dua dua nanti jadi harga lain. Kita bukan nak berkira tapi nak tengok sikap depa depa ni macam mana.

Lepasni dah boleh makan Roti Canai Argyll Road, Roti Canai Fairuz & Roti Canai Sg Ara area Ara Seafood. Terbaikkkkk!


Dari kalangan netizen lain, mereka turut memberikan komen negatif dengan situasi tersebut.

"Banyak kawan dah kena terutama yang dari Kuala Lumpur jadi mangsa."

"Dahla tak sedap, tengok pun tak dan harga pun mahal."


Pun begitu ada yang berkata situasi ini adalah 'serangan' daripada pesaing yang dengki dan busuk hati dengan perniagaan laris di Transfer Road.

Apa pun, berwaspadalah dalam memilih makanan yang dipesan daripada mana-mana gerai atau restoran. Jangan kerana terkenal, kita tak pasal-pasal jadi mangsa penipuan pula


.:.

No comments:

Post a Comment