Wednesday, March 22, 2017

2 Portal Berita Dikecam Netizen Kerana Putar Belit Kenyataan Pejabat Mufti Berkaitan Khalwat Dalam Uber Dan GrabCar


Perkhidmatan Uber dan Grabcar kini telah diguna secara meluar oleh masyarakat di Malaysia. Ianya lebih mudah berbanding teksi kerana kita hanya perlu request perkhidmatan tersebut melalui aplikasi mereka. 

Semalam beberapa akhbar online melaporkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan mengenai hukum berdua duan di dalam kenderaan bersama pemandu bukan mahram. 

Namun, tajuk yang digunakan oleh akhbar berkenaan dikatakan telah di salah erti menyebabkan salah faham terhadap isi sebenar yang dibuat oleh mufti tersebut. Tindakan tidak bertanggungjawab 2 portal berita berkenaan mendapat kecaman hebat dari netizen dan juga amaran dari Mufti Wilayah Persekutuan.


PERINGATAN KEPADA MALAYSIAKINI DAN FREE MALAYSIA TODAY

1. Tajuk yang diberikan oleh dua akhbar ini jelas bercanggah dengan kesimpulan yang kami nyatakan. Bandingkan dengan artikel asal di sini 

2. Jika hanya melihat tajuk tanpa membaca kandungan, pembaca jelas akan menafsirkan bahawa Mufti melarang perbuatan khalwat dalam teksi, Uber, serta GrabCar. Ia juga memberi sentimen negatif kepada institusi fatwa yang sering dikaitkan dengan hal-hal yang negatif walaupun ia adalah sebaliknya. 

Tanpa menafikan saranan berkenaan, kami berpandangan sekiranya pihak Malaysiakini jujur dalam memberi laporan, sewajarnya kesimpulan akhir kami yang mengharuskannya berserta dhawabit yang telah kami sebutkan, lebih wajar dijadikan tajuk utama.


3. Persepsi buruk akan berlaku dengan tajuk yang seakan sekadar mengejar visitor hits seperti ini yang akan membawa kepada perasaan tidak senang pembaca Muslim dan Non Muslim dengan isu yang kami ulas. Ini juga mengundang komentar negatif yang boleh mencemarkan kredibiliti dan pendirian Pejabat Mufti yang konsisten membawa gagasan keterbukaan yang berlandaskan syarak serta keharmonian antara kaum dan agama.

Sebagai contoh yang berkaitan, isu Uber dan UberEATS yang mana secara jelas Mufti Wilayah Persekutuan memberikan solusi yang meleraikan kekeliruan pemandu Uber dan UberEATS Muslim, tidak pula dijadikan laporan oleh Malaysiakini dan Free Malaysia Today 

4. Kami menyeru kepada Malaysiakini dan Free Malaysia Today untuk lebih berhati-hati dalam memberikan laporan kerana kebanyakan laporan-laporan berkenaan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sebelum ini, tidak mencerminkan sikap media yang jujur dalam melaporkan sesuatu isu.


.:.

No comments:

Post a Comment