Friday, March 3, 2017

Jijik, Termakan Mee Rebus Ulat Sebesar Jari Kelingking


Chee yang menggelarkan dirinya sebagai '#meerebusforlife', kelihatan sedang menikmati juadahnya di pusat makanan Compass One pada jam 1 petang Rabu lalu.

Bagaimanapun, kenikmatan yang dialaminya itu berubah terus apabila dia nampak seekor ulat yang sebesar jari kelingking 'terbaring' di atas mee rebusnya, akibatnya dia rasa nak muntah. 

Menurut Chee, dia mengambil keputusan untuk makan di gerai Nasi Padang yang mengadakan promosi iaitu bayaran RM3 untuk mee rebus, mee siam, lontong dam mee soto. 

Tambah Chee, mee rebus yang dimakannya sememangnya sedap sehingga dia menggelarkan dirinya #meerebusforlife.  Walaupun pemilik gerai menggantinya dengan juadah yang lain secara percuma tapi Chee menolak kerana mood untuk menikmatinya sudah tiada lagi. 

Tegas Chee, "tidak akan beli makanan murah pada masa akan datang kerana diberikan seekor ulat yang menjijikkan."


.:.

No comments:

Post a Comment