Saturday, March 18, 2017

"Jangan Hasut Mak Ayah Aku Join MLM"


Aku nak meluahkan rasa tentang sejenis MLM ni. Dia ni da lama sebenarnya bertapak kt Malaysia, tapi kt tempat aku ni, mcm baru nak “up”. di pejabat aku, boleh di katakan semua join MLM ni. Nk luah kt fb aku, kawan2 aku unfriend aku pula secara berjemaah nanti. 

Ada beberapa orang je yang tak join termasuk aku. dan yang paling sadis tu, parents aku pun “back-up” MLM ni, sebab termakan dengan promosi-promosi dan ceritera kawan-kawan mereka yang da join. nanti aku cerita pasal parents aku ni.

aku tak pernah lagi dengar “ceramah” mereka tentang MLM ni. sebab tak berminat nak serabutkan kepala. tapi dari observation aku, konsepnya, kau laburkan duit kau, minima $100. maxima $500. ha yang maxima ni, kekonon kau akan dapat pulangan cepat sikit lah dari yang laburkan $100 tu. 

Lepas beberapa ketika, aku tak tahu, mungkin selepas tempoh matang, nilai duit yang kau laburkan tu, akan di “split” kan, tukar kan kepada point dan tunai (kot?). dan kau boleh belanja guna point tu. hari tu, ada seorang kawan aku update status, bunyinya lebih kurang mcam ni, “orang lain belanja dengan duit, kami belanja dengan point sahaja”. 

Aku terfikir. point tu bukan ke duit kau juga yang kau labur kan tu? apa kau nak banggakan sangat? point tu dah la dari duit yang kau laburkan, lepas tu kau gunakan pula ke kedai/restoran vendor MLM tu. duit tu pusing-pusing kat situ juga.

Lagi satu yang aku perhati, aku bukan racist k. tp ni dari pemerhatian aku. kebanyakkan yang join ni, orang kita, melayu. manakala yang jadi “tokey” kedai-kedai yang boleh guna point tu adalah daripada kaum lain. 

Malah, pengasasnya pun kaum lain. aku tak cakap kaum lain tu tak boleh meniaga, tak boleh jadi pengasas, tapi kenapa bukan orang kita tiru semangat diaorang ni? dan tiru kebijakkan diaorang berniaga? kenapa nak kena jadi individu yang perlu ke sana ke mari mencari pengikut untuk menambahkan kekayaan orang lain?

Nampak tak kat situ? selama ni aku boleh sabar lagi. tapi malam ni mcm menyirap jap sebab adik aku kena perangkap dengan org-org MLM ni. kekonon nak jumpa kt restoran yang boleh guna point tu, adik aku ni tak tahu apa-apa pun iye kn jela. orang nk belanja kn. tup-tup rupanya nak ajak MLM ni. nasib baik adik aku whatsapp aku, aku pun buat rescue plan utk selamatkan dia. aku call dia, kekonon ada urgent kt rumah, suruh dia balik. maka selamatlah dia dari jerangkap samar. haha.

Oh ye. cerita tentang parents aku. disebabkan oleh ceritera indah kawan-kawan diaorang yang kekononnya da melaburkan hampir berpuluh ribu dan telah dapat pulangan berpuluh ribu (tapi tak kaya-kaya jugak aku tgk. masih drive kereta jabatan kasi. umur da 57 tahun, masih kerja lagi. 

Kalau da kaya, baik pencen awal, ye dok?), mak aku paksa kami untuk buatkan pinjaman peribadi semata-mata untuk join benda ni. lagi la aku menyirap kan. aku memang da bagitahu adikberadik aku yang lain, jgn setuju dengan permintaan parents aku. 

Tapi kena tolak slow-slow la. macam tarik rambut dalam tepung. jd tak ada la nampak mcm anak derhaka. kesian mak ayah aku kena “brainwash” dengan MLM ni. tiap kali aku cuba cerita psl “negative side” benda ni, aku yang akan kena balik. haha. kelakar rasa.

Prinsip aku mudah. tak ada kerja senang untuk jadi senang. Rasulullah saw da bagitahu, punca utama rezeki adalah melalui perniagaan. dalam MLM ni, kita org melayu dan islam ni pula jadi pelabur, jadi macai ke sana sini cari pengikut baru, meeting sampai tengah2 malam, tebalkan muka tarik orang mana-mana join benda ni, org yang bukan islam pula yang menjalankan perniagaan. lepas tu orang kita juga yang beli dari mereka. faham tak cycle tu? kita laburkan, org niagakan, lepas tu kita belanjakan pula ke org yang berniaga tu. at the end, siapa yang kaya?

Sudah la tu, ke mana duit kita di laburkan pun tak jelas. semua sibuk kejar pulangan. duit yang halal, jadi haram pula nanti. aku tak kisah sebenarnya, terpulang dari mereka. itu pilihan mereka. 

Tapi tolong jangan kacau aku, jangan kacau family aku. kami bukan orang senang. kami kerja keras cari duit yang halal. untuk jadi darah dan daging kami. dan yang paling penting, jangan hasut mak ayah aku!


.:.

No comments:

Post a Comment