Thursday, March 16, 2017

Janda Diburu Polis Kerana Disyaki Bakar Rumah Bekas Suami


Seorang wanita disyaki terbabit dalam dua kes kebakaran dua buah rumah milik suami dan ibu mertuanya kini sedang giat dikesan oleh polis. 

Memetik laporan Kosmo! Nur Athirah Zulkifly 28 yang berasal dari Tumpat Kelantan diminta untuk hadir ke mana mana balai polis untuk membantu siasatan. 

Bekas suami mendakwa beliau kerugian sebanyak rm35,000 dalam kejadian pertama pada Sabtu lalu.Dalam kejadian tersebut dua lelaki bermotosikal telah memecahkan cermin tingkap di ruang tamu rumah sebelum menyalakan api selepas disimbah petrol. Suspek berjaya melarikan diri. 

Dalam kejadian kedua sebuah kereta jenis Toyota Wish yang diletakkan di rumah bekas ibu mertua wanita berkenaan telah dibakar individu tidak dikenali. Kejadian pukul 4.20 pagi turut memusnahkan sebahagian rumah tersebut. Kerugian dalam kejadian kedua dianggar dalam Rm50,000.


.:.

No comments:

Post a Comment