Tuesday, March 21, 2017

Idea Kreatif Ibu Bapa Ini DIY Playard Guna Paip PVC Untuk Anak Mereka


Dalam ekonomi yang tidak menentu dan pelbagai harga barangan yang naik sudah pasti bagi yang bekeluarga akan memikirkan cara untuk berjimat cermat. Bagi ibu bapa muda yang mempunyai anak masih kecil juga pasti akan garu kepala dengan harga barangan untuk anak-anak. 

Disebabkan oleh itu, Puan Ayong Qiela bersama suaminya cuba membuat sendiri playard untuk anaknya. Semoga perkongsian ini dapat menjadi inspirasi kepada ibu bapa di luar sana. 

Since Orked Nuha dah pantang lepa, dan kadang-kadang tak terkejar, have to find one way to make sure she safe, while multitask another thing such as masak ke, kemas rumah ke or gi toilet.

Memang dah lama usya and survey harga for Playard ni. Tapi harga mahal sangat pulak. RM250++ tapi kecik sangat dan macam tak worth it. Tak boleh nak merangkak sesuka hati. Kesian pulak rasanya.

Rumah ni tak baby proof, banyak benda kena remove atau beli, jadi, ni solusi buat masa sekarang if nak buat kerja or bagi dia main with less supervision.

Google untuk buat DIY ni dah lama, tapi baru semalam jumpa. Dalam pinterest banyak, and youtube, tutorial dalam bahasa Thailand je. Hehe. Tapi takde yang specific bagi harga, size apa guna semua.

So here it is.

A simple playard for the princess.

Size lebih kurang : 74.2" X 54.9"

Tinggi : 27"

Takde gam yang digunakan.

Barang yang kami gunakan, PVC pipe, PVC Tee, & PVC Elbow. Barang lain yang mungkin diperlukan, Gergaji & Hammer Getah.

Total kos : RM 154.50

  • PVC Pipe : 10 pcs (228" @ 19ft)

  • PVC Tee : 104 pcs

  • PVC Elbow : 8pcs

PVC Pipe potong kepada beberapa size dan bahagian.

Untuk tinggi, kami potong kepada size 24" sebanyak 52 pcs

Untuk sambungkan antaran PVC Tee ke satu PVC Tee, size adalah 3" dan memerlukan sebanyak 96 pcs untuk atas bawah.

Bahagian corner untuk cantumkan dua sisi, PVC Elbow & PVC Pipe, size PVC pipe yang diperlukan 2" sebanyak 16 pcs.

Cantum tiang-tiang dinding satu persatu, jangan cantum bahagian atas, kemudian tiang, then bahagian bawah. Nanti susah dan kena tanggal balik macam kami.

So lepas siap pasang semua, bersihkan playard dengan detol bagi bersih, dan hias la ikut suka.

Tak perlu risau dah baby nak merangkak, dia main la dalam tu.

Size ni besar, muat orang dewasa join sekali.

Kalau yang risau takut tumbang ke, dah try, memang berat, dan memang susah la nak tumbang.

Simple sharing untuk yang memerlukan.

Thanks untuk Syaah Mohd Fauzi tolong potong and cantum-cantum.

Baby happy, Mother happy, Father happy. 


.:.

No comments:

Post a Comment