Monday, March 6, 2017

Ibu Kandung Rayu Pulangkan Anaknya Yang Dilarikan Ibu Angkat


Seorang ibu merayu dua wanita yang melarikan anak gadisnya agar memulangkannya semula ke pangkuan keluarga.

Norlila Ahmad, 47, berkata, anaknya Nur Natassya Fazilla Entaban telah dibawa lari oleh sepasang wanita dikenali sebagai “mummy” dan “mama” masing-masing berusia 30an.

“Sekitar jam 5 petang hari kejadian anak saya cakap hendak keluar ke kedai di hadapan rumah tetapi sehingga jam 8 malam dia tidak balik-balik. Saya turun tanya orang kedai katanya dia dah naik teksi dengan ibu angkat."

Menurut laporan Astro Awani, Norlila tidak pernah mengatahui yang anaknya itu mempunyai ibu angkat dan hanya mengetahuinya baru-baru ini.

“Malam itu juga kami ke rumah wanita-wanita itu dan ambil balik Natassya, tapi tak sangka mereka akan buat semula perkara ini untuk kali kedua, tapi kali ini terus hilang.”

Menurut Norlila lagi dia sanggup berbincang kalau benar dua wanita tersebut mahu mengambil Natassya sebagai anak angkat dan berkongsinya sebagai satu keluarga.


.:.

No comments:

Post a Comment