Monday, March 6, 2017

"Hidup Berumahtangga Ni Jangan Banyak Berkira"


Biasanya suami isteri yang suka sangat nak tuntut hak masing-masing ni biasanya tak boleh tahan lama.

Sebab tu saya ni duit saya ke duit isteri saya ke saya anggap duit ni duit keluarga. Saya jenis tak kisah sangat pasal duit kalau isteri nak pakai. Isteri saya pun tahu saya memang camni. Dia tahu kalau saya jatuh miskin, yang jadi miskinnya bukan saya je. Dia pun akan jatuh miskin juga.

Camtu juga kalau isteri saya nak suruh kemas rumah. Dia takkan suruh saya kemas sebab dia tahu lelaki ni memang ego sikit. Pantang sikit kalau disuruh suruh. Jadi dia buat-buat la sibuk mengemas depan mata saya. Saya pulak mudah simpati bila tengok isteri penat. Jadi saya pun akan tolong dia mengemas tanpa disuruh. Nampak tak seni ilmu berumahtangga isteri saya?

Saya pulak kadang-kadang jeles jugak tengok isteri asyik layan anak-anak je kan. Jadi terpaksa la saya buat-buat merajuk comel macam budak kecik tak dapat tengok Boboiboy atau Didi & Friends dalam handphone mak ayah. 

Akhirnya isteri akan faham juga la yang suami ni pun perlu dimanjai jugak. Tak perlu marah tak perlu tengking kan? Tak perlu nak cakap kat isteri yang dia derhaka sebab utamakan anak-anak melebihi suami sendiri kan?

Tu la namanya seni dalam berumahtangga. Rasulullah dah tunjukkan contoh ni dalam berumahtangga. Rasulullah ni tak pernah gunakan perkataan buruk kat isteri sendiri. Tak pernah berkira dengan isteri sendiri.

Walaupun baginda ni Rasul Allah dan menjadi manusia nombor 1 paling Allah sayang tapi baginda tak pernah cakap isterinya melawan hukum Allah bila isteri baginda sendiri marah kepada baginda. Kerana apa? Kerana baginda suami yang jenis tak berkira dengan pasangan hidup. Baru lah hidup kekal bahagia.


.:.

No comments:

Post a Comment