Friday, March 17, 2017

Evolusi Wajah PM Datuk Seri Najib Tun Razak Cuit Hati Rakyat


"Evolusi saya dilihat dari kad pengenalan. Kemerosotan dan pemutihan rambut yang ketara. Hadiah daripada Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia (JPNM). Terima kasih."

Demikianlah tulis Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi satu perkongsian di akaun Twitter rasminya yang berkongsi tiga perubahan wajahnya dalam satu kad.

Menurut Najib, paparan evolusi wajahnya itu merupakan hadiah diterimanya daripada JPN.


Perkongsian itu menerima hampir dua ribu 'like' dan 2.6 ribu 'retweet' pada masa artikel ditulis. Selain itu, pelbagai reaksi dan komen netizen boleh dilihat berikutan perkongsian gambar berkenaan.

Malah, ada juga netizen sempat berseloroh mengatakan Najib juga seorang yang lucu.

Memetik Sinar Harian, JPN bertanggungjawab mendaftar peristiwa-peristiwa penting setiap individu seperti maklumat kelahiran, kematian, pengangkatan (proses anak angkat), perkahwinan dan perceraian


.:.

No comments:

Post a Comment