Monday, January 23, 2017

Terus Kahwin? Ada Baiknya Jika Kita Istikarah Dahulu


Dia datang melamar kamu? Tapi kamu tak nyakin sama ada boleh mencintai dia sepenuh hati atau tidak? Kenal sahaja tidak tiba-tiba nak masuk melamar. Tak kenal bagaimana nak cinta?
Ada baiknya jika kita istikarah dahulu. Jangan terima begitu sahaja dan jangan pula kita reject dia mentah-mentah. Sebab kita tak tahu perancangan Allah bagaimana. Pada kita kita nyakin dia pilihan dari Allah. Last-last semua yang di rancang tak menjadi. Dan boleh jadi yang kita tolak selama ini adalah yang terbaik? Allah dah bagitahu dalam al-Quran.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)
Kepada abang
kepada kakak
Kepada adik.
Bila kita dalam dilema tak tahu nak pilih yang mana satu. Tak tahu sama ada dia yang terbaik atau bukan. Jadi tak tahu nak terima atau tolak. Kita buntu jadi tak menentu akhirnya. Maka pesan saya Istikarah lah. Bila istikarah hati kita biar Allah yang ‘pandu’ dan kita menjadi ‘penumpang’ supaya jawapan nanti juga datang daripada Allah bukan dari pada ‘sangkaan’ kita.
Tentang jawapan istikarah

Jawapan istikarah tak semestinya 3hari sudah mendapatkan jawapan. Kadang-kadang ada yang seminggu dan ada juga yang lebih daripada itu. Kerana jawapan kepada istikarah bergantung kepada ‘kencenderungan hati’ kita.
Bila terpikirkan tentang dia kita rasa ketenangan hadir. Tapi bila terpikirkan dia kita rasa serabut sangat. Mungkin dia bukan yang terbaik buat diri. Mungkin ya.
Jawapan istikarah juga tak semestinya melalui mimpi. Nampak dia dalam mimpi bukan bermakna itu ‘petanda jawapan’. Kadang-kadang jawapan itu hadir daripada redha Mak Ayah, mak ayah bersungguh nak kita kawen dengannya. Kadang juga melalui sokongan kawan-kawan karib.
“Dia orang yang baik. Solat terjaga, hormat mak ayah, peribadi mulia, amanah lagi bertanggungjawap. InsyaAllah dengan izin Allah kamu akan bahagia dengannya.”
Cuma

Jangan kerana dia terlalu baik dengan kita kita pun terima dia. Jangan kerana kita pernah terhutang budi padanya kita pun menerima lamarannya. Jangan kerana belas kasihan kita terima dia. Ini semua bukan tentang.
Dia baik hati, nak kata baik hati masih ramai lagi yang baik hati di luar sana. Terima sebab nak balas budi baik dia? Banyak lagi cara lain nak balas budi orang. Kenapa mesti korbankan perasaan sendiri? Tentang belas kasihan? Kita tak mencintai dia tapi dia tulus ikhlas sukakan kita. Kawan ku. Jangan paksa diri kamu untuk terima seseorang yang tak kamu cintai.
Menikah lah kerana taqwa kepada Allah. Taqwa inilah yang akan menjamin keutuhan rumah tangga kita nanti. Selama mana kita jaga Allah selama itu lah Allah akan jaga kita. Semoga Allah permudahkan segalan urusan kalian.


.:.

No comments:

Post a Comment