Tuesday, January 31, 2017

Kun fa ya kun, Allah tunjukkan pada aku siapa sebenarnya suami aku


Setiap pasangan suami isteri seringkali ingin hidup berdikari dan terpisah daripada ibubapa dan mertuanya. Ketika para ibubapa berkunjung, setiap pasangan mempunyai perasaan dan tanggapan yang berbeza-beza. Ada yang merasa bahagia terutama ketika ibubapa tinggal bersama. Tetapi ada pula yang merasa terganggu dan tak selesa.
Dalam Islam, apabila anak sudah berkahwin, ibu bapa tidak boleh mencampuri urusan rumah tangga anak-anak kerana dikhuatiri mendatangkan keburukan, Perlu diingat mentua tidak boleh masuk campur urusan anak mereka melainkan untuk mendamaikan rumah tangga dan ke arah kebaikan.
Aku menulis hanya sekadar luahan perasaan yang tidak terlarat ditanggung lagi. Maaf andai panjang berjela. Rumahtangga yang dibina selama berbelas tahun kini rebah. kerana kesilapan orang lain, aku menjadi mangsa keadaan.
Dipendekkan cerita, ibu dan abah aku suka tinggal dengan kami. Selesa katanya sedangkan rumah kami teramatlah kecil. Flat murah, bilik ada 1 sahaja. Itu la bilik kelamin kami, tu la bilik anak-anak kami yang berusia 2 dan 10 tahun. Manakala, ruang tamu pula kecil dan dapur yang sempit.
Pada mulanya suami beri keizinan untuk ibu dan abah aku datang pada bila-bila masa. Tetapi mereka ibarat mengambil kesempatan terutamanya ibu aku. Dia langsung tidak mahu balik ke rumah sendiri dengan memberikan pelbagai alasan yang aku sendiri maklum. Ibu terus bermastautin di rumah kami. Minggu silih ganti, bulan, tahun dan akhirnya seperti kami yang mendatang menumpang di rumah org. Kami tidak boleh berbuat apa-apa, tiada privacy untuk kami suami isteri langsung.
Bilik kami sesuka hati mereka guna, katil kelamin kami ibu dan abah guna sesuka hati dan dihenyak anak-anak sedara yang ibu bawa. Barang rumah kami banyak rosak akibat perbuatan anak-anak sedara. Perbelanjaan rumah makin tinggi, bil elektrik melampau naik kerana kipas, lampu and aircond yang sentiasa dibuka 24 jam. Berkali-kali aku tegur dengan baik, tetapi tetap berulang. Beberapa kali aku minta cara baik supaya ibu dan abah pulang ke rumah mereka dan memberi ruang untuk kluarga kami. Tapi sekejap saja, tidak lama lepas itu mereka datang balik gara-gara ibu aku yang mahi tinggal di rumah aku.
Akhirnya suami yang bertahun pendam rasa tidak dapat mahu berlakon lagi. dia mula cari keseronokan di luar. Berskandal dengan staff sepejabat dia, si anak dara tua. Bersayang bercinta bagai. Jarang pulang rumah awal dan tidak lagi mesej ataupun telefon mahupun membalas mesej aku dan bila aku hack Whatsapp dia. Allahu kecewanya.
Fasa pertama

Bila aku minta kepastian, setelah beberapa hari kami cuba berbincang. Perbincangan pertama, suami meluahkan sedikit sahaja apa yang dipendam. Suami kata, Whatsapp itu hanya lakonan. Suami suruh perempuan itu berlakon konon-kononnya mereka bercinta dan suami suruh perempuan itu Whatsapp sayang dan cinta bagi tarik perhatian aku. Suami bangkitkn isu ibu dan abah, suami berkata dia tidak tahu sejauh mana lagi rumahtangga kami ni. Allah, aku sudah jelaskan yang aku sudah buat tugas aku untuk meminta mereka pulang tetapi mereka tetap kembali ke rumah ni. Salah aku ke?
Bagi menyelamatkan rumahtangga kami, kali ni aku terpaksa berkeras meminta ibu dan abah keluar dari rumah kami. Allah, betapa peritnya aku rasa. saja tahu maca mana menangisnya hati ini walaupun aku tahu aku dipihak yg benar. Ibu terasa hati sangat-sangat pada suami aku dan mula marah-marah pada aku. Stress! Malam itu, aku hack Whatsapp suami lagi, konon kata berlakon tetapi semakin rancak dia berdondang sayang dengan skandal dia itu.
Berdating, ajak-ajak duduk diriba, anak dara tua itu pun bukan main gatal lagi, katanya dia akan layan suami aku selepas mereka berkahwin nanti, sekarang? Cuma boleh ‘ringan-ringan saja dulu’. Perwatakkan anak dara tua ity yang konon-kononnya alim bertutup litup tetapi gatal bijik dengan suami orang. Siap tidak mahu melepaskn pelukanlah, mahu sentiasa diciumlah. Suami pula puji dia cantik, gebu dan comel bagai. Ye lah, anak dara tua belum kahwin dan belum ada anak. Kita ini sudah dua orang manusia keluar dari badan kita, berbelas tahun suami pakai kita, jaga macam mana pun tetap sedikit sebanyak ada burukny.
Fasa kedua

Sekali lg kami berbincang kali kedua. Kali ini suami luahkan semuanya dari mula smpai sekarang. Tetap, tiada satu pun kesalahan aku. Katanya aku perfect, aku jaga dia dam anak-anak dengan baik, aku banyak bantu dia, support dia. Cuma satu saja yang kurang. Aku gagal jaga privacy dia. Tapi tetap bukan salah aku. Salah ibu dan abah aku. Tapi kenapa aku yang dihukum? Kenapa?
Suami tiada jawapan untuk itu. Aku sudah jelaskan yang aku dh ‘halau’ ibu dan abah, dan mereka tidak akan datang lagi. Aku lakukan apa saja untuk selamatkan rumahtangga kami. Setelah berbincang hampir 2 jam, suami minta tempoh untuk dia bertenang dan berfikir. Katanya, “bagi saya masa berfikir. saya sayangkkan awak. Tetapi saya kecewa, saya serabut. Kalau kita berpisah, andai jodoh masih ada, kita pasti bersama semula. saya minta awak bersabar. Bagi saya masa”
Bagai runtuh jantung, aku tanya “awak sayang saya tetapi awak nak berpisah dengan saya dan nak bersama-sama dengan perempuan itu. Awak mahu hukum saya atas kesalahan orang lain? Kenapa? Kenapa saya yang harus menjadi mangsa? Awak memang mahukan perempuan itukan? Begitu mudah awak mahu lepaskan saya? Setelah apa yang saya sudah korbankan? Setelah semua susah senang yang kita sudah harungi bersama?”
“Saya nak dua-dua” kata suami aku. Tidak sedari diri, hutang dia pun aku tolong lunaskan, nafkah anak-anak pun aku beri ihsan, makan pun tidak cukup ada hati mahu dua-dua. Suami masih mahukan aku hanya sebab anak-anak. Korang rasa? Aku merayu, aku sujud pada kaki dia untuk diberi peluang pada rumahtangga kami tetapi terjelepuk aku ditepis dan ditolak, dibiarkan menangis sendirian..
Dia minta masa untuk bertenang dan berfikir. Aku pun sudah tidak mampu mahu fikir apa lagi, aku kata, “tidak apalah, talak dan poligami itu ditangan awak, bukan saya. Awak fikirlah bauk dan buruknya. Jangan disebabkan kesalahan orang lain, saya yang menerima hukuman. Itu tidak adil bg saya”
Fasa terakhir

3 minggu, ya, 3 minggu aku cuba mengambil hati dia..bodohkan aku? Merayu, sujud di kaki dia, tp dia sangat ego. Dia tepis aku, tolak aku secara perlahan-lahan bila aku mendekati dia..cukup! Allah sudah buka mata hati aku untuk melihat sejauh mana hubungan ini, jalan yang Dia nampakkan untuk aku ialah berpisah. Aku sangat tenang menerima sgala petunjuk dari Dia. Aku mula kumpul segala bukti yang ada antara suami dan perempuan itu. Semakin aku korek, semakin banyak yang merobek hati. Salah satunya, mereka telah pun melakukan zina ringan, di mana perempuan itu dengan rela hati topless untuk suami aku ratah. Betapa rancak dan seronoknya mereka berbual pasal perkara itu malah suami siap cakap “bestkan abang nyonyot? esok abang buat lagi macam semalam?” dan perempun itu balas. “kalau pasal nyonyot memang abang win,s edap, nanti sayang tidak mahu pakai coli lah macam hari itu.”
Astaghfirullahalazim….
Aku print semua borang berkaitan perceraian dan segala tuntutan yang patut. Aku tukar perwatakan, aku sudak tidak lagi berasa sedih, sakit hati mahupun marah. Tiba-tiba saja semua perasaan tu hilang! Malah aku semakin gembira sebab aku sudah mahu bercerai. Allah Maha Kaya. Dia bantu aku untuk percaya, aku boleh hidup dengan anak-anak tanpa suami. Dia buat aku jadi kuat, Dia terbitkan ceria dan gembira di dalam hati aku utk memudahkan urusan aku.
Di hadapan suami, aku sentiasa ceria, aku main Facebook, berwhatsapp dengan famili, aku senyum-senyum dan bila suami pandang, aku otomatik sembunyi sedikit perasaan aku. Aku sendiri tidak tahu kenapa aku buat macam itu. Hasilnya? Suami aku mula mencemburui aku. Selalu tanya, aku buat apa dengan telefon? Aku cakap main Facebook lah apa lagi.
Hari Sabtu dan Ahad, aku keluar dengan anak-anak, sampai suami aku sibuk mahu ikut. Suami mula berubah, mula mengambil berat pasal aku dan anak-anak, mula bergurau, mula mahu cuit-cuit aku, mula puji-puji aku cantik dan manis saja. Belikan aku roti, buatkan aku air, gosokkan baju, basuhkan baju dan bila malam mula bagi hint mahu bermanja dengan aku. Ceh!
Sekarang ini, dia sentiasa tanya aku mahu ke mana, Whatsapp dengan siapa, malah aku tukar password telefon aku, lagi tida tidak keruan dan dia pun sudah mula kurang bermain telefon dengan perempuan itu. Kalau malam saja, dia akan matikan internet. Perempuan itu? Dia sudah mula tidak senang duduk bila suami sudah mula kurang melayan dia. Pagi-pagi mesti suami runsing sebab perempuan itu Whatsapp, WeChat merajuk-rajuk.

Tapi aku tetap dgn kputusan utk bercerai..hari tu kau yg nk cerai sgt kn? Nah, skrg aku siap sokong & beriya utk merealisasikan kehendak kau..tp knp kau berlengah2 & sntiasa beri alasan utk melambatkan proses? smpai kau tanya aku “wah, mcm x sabar je nk cerai?” YES mmg aku x sabar nk lepaskan diri dari kau yg tidak menghargai aku..sbelum ni aku merayu menangis tp kau buat kejung je..knpa skrg kau pula terhegeh2 nk pikat aku? MAAF..hati & jiwa aku utk kau dh keras..Allah makbulkan permintaan aku utk tidak lg punyai apa2 perasaan mahupun dendam pada kau..yg ada hanyalah ihsan sbb kau ayah kpd anak2 kita..aku tunggu je masa utk ke pjbat agama tp kau? Main tarik tali…kau yg cari pasal, lantak kau la nak…jgn lupa bg tarikh ke pjbt agama, saya nk apply cuti siap2 ok!


.:.

No comments:

Post a Comment