Tuesday, January 31, 2017

Isteri Suka Berleter Baik Untuk Kesihatan Suami




Ketika pasangan kekasih telah memutuskan untuk berkahwin, sudah pasti kedua-duanya ingin mempunyai kehidupan keluarga yang bahagia, hidup dengan tenang dan selesa bersama.
Tapi, keluarga bahagia dan hidup selesa menurut kajian terbaru boleh meningkatkan risiko penyakit khususnya diabetes untuk pasangan. Malah, meningkatkan risiko diabetes buat suami. Sementara itu, isteri yang suka berleter, marah-marah membuat suami sangat rendah berisiko diabetes dan menjadi lebih sihat.
Dipetik dari Asiatown, sebuah kajian yang dilakukan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia baru-baru ini mengatakan suami akan mempunyai kesihatan yang baik apabila mempunyai isteri yang suka berleter dan kehidupan perkahwinannya kurang menyenangkan.
Ketua penyelidikan, Dr Hui Liu mendedahkan isteri yang suka berleter merupakan seseorang yang mengambil berat terhadap suami. Ketika isteri berleter, kebanyakan disebabkan isteri begitu mengambil berat terhadap suami dan ingin yang terbaik buat suami. Pola hidup suami terjaga dan diurus dengan baik.
Sementara itu, untuk suami yang mempunyai kehidupan bahagia dengan isteri yang tidak suka berleter, ini membolehkan suami lebih mudah diserang diabetes. Kajian telah dilakukan pada 1228 orang lelaki yang sudah berkahwin dan berada di antara usia 57 hingga 58 tahun dan didapati hampir 389 lelaki mengalami risiko diabetes.
Lelaki yang menderita diabetes sebahagian besar mempunyai kehidupan perkahwinan yang bahagia dan selesa. Dan biasanya, perkahwinan yang bahagia serta isteri yang tidak suka berleter lupa bahawa gaya hidup yang dijalani selama ini berkemungkinan besar salah serta meningkatkan risiko diabetes, obesiti dan kanser.
Buat para suami yang kebetulan mempunyai isteri suka berleter, cubalah untuk bersyukur. Pada dasarnya, isteri yang suka berleter adalah seseorang yang mengambil berat dengan suami dan ingin yang terbaik buat suami. Termasuklah melihat suami menerapkan pola hidup sihat dan jauh dari pelbagai masalah kesihatan khususnya masalah diabetes.


.:.

No comments:

Post a Comment