Thursday, January 12, 2017

100K Orang Kena Kencing Nak Dapat Perodua Myvi Secara Percuma


Pada 10 Januari lalu, sebuah page facebook bernama Perodua Malaysia Company mengambil kesempatan di atas kenaifan rakyat Malaysia untuk meraih keuntungan secara penipuan.

Laman page Facebook tersebut menggunakan nama Syarikat Perodua tanpa kebenaran dan menganjurkan peraduan LIKE & SHARE buat netizen jika mahu memenangi sebuah kereta perodua Myvi edisi terhad.

Perbuatan seperti ini adalah salah dan tidak dibenarkan undang-undang serta peraturan facebook sendiri. Jadi kepada sesiapa yang sudah terpedaya, sila ambil tindakan untuk melaporkan facebook page tersebut kepada pihak Facebook supaya ianya ditutup dan tidak lagi memperdaya orang ramai.

Setiap orang yang telah memberikan komen dan share post tersebut terdedah kepada bahaya kebocoran maklumat peribadi mereka. Seperti yang sedia maklum di internet terlampau banyak info-info peribadi kita dan ini merupakan salah satu cara untuk penyangak siber mencuri data peribadi seterusnya melancarkan serangan kepada mangsa-mangsa mereka.

Mangsa terdedah kepada ancaman ugutan video seks yang telah diedit, kebocoran akaun bank secara online, dan banyak lagi. Jadi sila berwaspada dan sampaikan maklumat ini kepada rakan-rakan yang lain.



.:.

No comments:

Post a Comment