Sunday, January 1, 2017

Trend Menunjuk Di Media Sosial, Ada tu Menunjukkan Kebodohan Diri Sendiri


Assalamualaikum. Terima kasih admin kerana post confession aku. ” Orang bahagia tak akan tunjuk kebahagiaan di media sosial” Ini yang aku dapat ringkaskan daripada pemerhatian aku di media sosial fb dan instagram. Minta maaf kalau post menyinggung perasaan mana mana pihak. Siapa makan cili, dia terasa pedasnya.

1. Post/Printscreen Results Exam
Apa yang aku perasan, kalau musim result exam keluar, mesti akan ada orang yang akan post gambar result exam dia. Yang paling gigih siap printscreen lagi. Bukan setakat yang straight As je, malahan yang ada B je pun siap post. Tujuannya barangkali nak bagitahu yang dia dah achieve good results. Tapi dia tidak sedar yang dia sebenarnya attention seeker yang dahagakan kepujian. Of course lah makcik makcik pakcik pakcik kau akan comment kat post kau, “Tahniah, dapat straight As.” ” Tahniah dapat dekan”. Kau expect apa kalau post gambar result kau? Mesti nak orang puji kau, takkan kau post nak orang comment, “Usaha lagi.” Malu lah kan? Silap silap kau delete je comment tu sebab malu. Tapi kau tak tahu, dalam ramai ramai kawan fb yang kau ada, segelintirnya mesti akan cakap yang kau riak suka menunjuk-nunjuk. Orang yang sebenarnya bijak dan pandai ni, dia segan nak post results results dia ni. Sebab dia HUMBLE. Eventhough results cantik, still jadi humble sebab dia tahu ada certain kawan kawan sebaya dia yang maybe tak ada A langsung or maybe fail. And orang jenis macam ni yang orang lain salute dalam diam.

2. Post gambar scan baby
Ini dah jadi satu benda trend kat media sosial. Selalunya mak mak muda yang post gambar scan baby dengan caption bertulis “See you soon, baby.” Pendapat aku lah kan, golongan macam mungkin terlebih excited dapat baby dalam perut. Aku pernah jumpa satu couple ni, baru berkahwin dan isteri dia mengandung. Yang si suami ofc excited lalu dia pun update gambar scan bayinya. Tak lama lepas sebulan, kandungan isterinya gugur. Sejak dari tu, si parents dah stop main fb. Ini semua takdir Allah, aku tahu tapi perkara sekecil macam ni boleh menyumbang juga kan? Ada juga couple yang tup tap tup tap tiba tiba dah beranak. Sebab ibu bapanya humble dan sedar bahawa tidak semua marriage couple boleh mempunyai zuriat. Siapa yang taknak zuriat kan? Niat post gambar scan baby barangkali bertujuan untuk share happiness. Bagi aku itu adalah benda yang terlalu peribadi di mana benda macam ni biarlah the parents je yang share each other. Cara yang lebih tepat adalah umum nama bayi selepas hari ke 7 dia dilahirkan.

3. Post gambar bf/gf

Yang ni aku rasa korang pun sedar benda ni. Aku malas nak sentuh pasal wechat sebab bagi aku apps tu apps Maksiat. Tapi aku nak tekankan pasal post gambar awek/balak korang yang belum kira halal lagi. Paling sakit hati lagi apabila yang bercintan cintun ni adalah budak-budak bawah umur. Rasa meluat gila and kadang-kadang rasa malu sendiri.Benda ni ikut individual masing masing lah sbb maybe korang punya fb mesti ada family, cousins, kawan kawan sekolah lama, cikgu sekolah menengah, jiran blablabla yang friends ngan korang. Lepastu kau pun post gambar bf/gf dengan caption, “sayang, rindu nak main main pipi sayang. Tak sabar nak jumpa second date. #myfuturehusband #alahsayang” Lepas tu bila friends kat fb kau jumpa gambar kau kat timeline dorang, kau tak rasa diorang menyampah ke dengan kau? Kau rasa kan, ada tak sifat malu dalam diri kau yang kau sebenarnya tengah sebar fitnah pasal diri kau. Golongan macam ni harus dihapuskan sebab kau sebenarnya memalukan diri kau dan pasangan kau. Ppl be like EWWWWWWWWWW. Lepastu orang pun gossip pasal kau. Aku lebih kagum dengan couple yang dalam diam diam, tiba tiba dapat kad kahwin. Fuh. Couple yang tunjuk kebahagian dalam media sosial ni lebih terdorong untuk terikat dengan relationship dorang. Maksudnya, bila kau dah heboh kau couple ngan si dia, kau mesti kena update pasal korang dua sebab kalau tak, nanti orang kata kau dah break up, bila dah break up, kau mesti malu. Kau bercinta diam diam jela. Nanti tak jadi, malu je.

Ini je yang aku dapat ringkaskan pasal certain golongan yang suka show off dekat media sosial. Mungkin korang ada cadangan lain nak tambah, boleh tambah. Sekian.



.:.

No comments:

Post a Comment