Friday, December 23, 2016

Pernah Diejek Gara- Gara Jadi Anak Pemandu Teksi, Kini Bergelar Jutawan Komestik

Baru-baru ini viral satu klip video yang memaparkan gelagat Kak Kimah mempromosikan produk Co White. Apa yang menyebabkan video tersebut viral adalah, Kak Kimah mengenakan hantaran sebanyak RM 50,000 kerana mukanya 'flawless' hasil dari memakai produk tersebut.

KS faham semua itu hanyalah sebagai marketing strategy untuk mempopularkan lagi jenama produk berkenaan. Jadi pada kali ini, KS tertarik untuk mengetahui lebih lanjut siapa Kak Kimah sebenarnya.

Siapa Kak Kimah?




Terkejut KS selepas tahu siapa sebenarnya Kak Kimah. Beliau adalah jutawan produk kecantikan Co White ,yang beliau sendiri promote dalam klip video viral hari itu. Bukan calang-calang juga orangnya rupanya. Soalan pertama yang KS tanya pada Kak Kimah adalah, apa perasaan Kak Kimah selepas video tersebut bukan sahaja menjadi viral malah menerima pelbagai tomahan. Ringkas sahaja jawapan beliau:
Video hantaran RM 50k itu hanyalah berasaskan marketing strategy sahaja. Semestinya untuk menjadi perhatian, kita perlu mencipta satu kelainan. Berkenaan komen negatif, saya tidak ambil pusing sangat kerana dari situ kami (team) telah berjaya cipta brand awareness


Terkesima juga KS dengar jawapan dari Kak Kimah ni, dan tidak terpikir pula KS akan disebalik maksud tersirat yang ingin disampaikan  dalam video yang hanya berdurasi 1 minit lebih itu. KS juga kurang kepastian apa itu brand awareness seperti yang dinyatakan oleh Kak Kimah lantas beliau menerangkan apa sebenarnya maksud beliau

Bila orang teringat minah hantaran RM 50,000 sahaja pasti orang akan teringat produk Co White.So even kalau orang tidak ingat produk Co White, mereka akan ingat produk minah hantaran RM 50k tu..so dari situ lah orang akan ingat produk kami

Wahh, sungguh mendalam rupanya video yang hanya berdurasi 1 minit itu, walaupun ia nampak kelakar tetapi pelbagai mesej yang telah berjaya disampaikan oleh Kak Kimah dan team beliau.

KS juga ada ajukan soalan, sebelum bergelar jutawan produk kosmetik ini, pasti ada aral rintangan, jadi boleh tak Kak Kimah kongsikan..

Sebelum Ini Pernah Diejek kerana hanya bergelar anak seorang pemandu teksi 



Pelbagai rintangan yang telah saya dan pasukan hadapi untuk mencapai tahap ini. Alahamdulilah dengan kerjasama yang kuat dan saling memahami antara ahli yang lain, kami berjaya cipta nama dalam Malaysia. Tapi, saya tidak akan lupa akan satu peristiwa dimana saya diejek hanya kerana saya anak seorang pemandu teksi!

Saya tidak menangis apatah lagi menyesal dilahirkan sebagai anak pemandu teksi, tetapi saya tanam dendam untuk berjaya dan buktikan kepada mereka bukan sahaja anak pemandu teksi sahaja yang boleh berjaya, malah anak seorang pengemis juga mampu mengoncangkan dunia!

Hebat betul semangat usahawan dalam diri orang-orang yang berjaya ini. Rasa kagum pula KS, untuk mengetahui lebih lanjut tentang Kak Kimah ini, teruskan ikuti page Kaki Share..hehe nak jugak promote page sendiri
Untuk berita lebih lanjut tentang produk yang semakin hangat ini boleh la ikuti di :

Co White HQ

Kak Kimah








.:.

No comments:

Post a Comment