Sunday, January 1, 2017

Ini 10 Fakta Tentang Kelebihan Orang Bermata Sepet


1. Orang tak tahu apa yang anda lihat/pandang

Ini antara kelebihan mereka yang memiliki mata kecil atau sepet. Mereka boleh melihat apa saja yang diinginkan tanpa orang lain tahu dan tidak akan kantoi!


2. Anda boleh tidur & tidak siapa yang tahu

Bila memiliki mata kecil/sepet, orang tak tahu sama ada anda sedang buka atau tutup mata. So, anda tak ada masalah untuk tidur dalam kelas.

3. Wajah anda tiada emosi

Mata memainkan peranan penting untuk menunjukkan sesuatu emosi. Tapi, jika anda memiliki mata kecil, susah untuk orang baca reaksi emosi anda!

4. Anda seorang yang cool!

Orang yang mempunyai mata kecil seorang yang cool dan tenang kerana mereka tidak tahu bagaimana untuk membuat reaksi terkejut!

5. Pakai cermin mata nampak elok je

Mata kecil beri kelebihan dalam pemilihan kaca mata. Anda boleh pilih apa saja jenis bingkai, janji bingkai tersebut lebih besar dari mata anda.

6. Tiada eye-bag & susah untuk tunjukkan mata letih

Berbeza dengan mata besar, keletihan mata atau berat mata tidak terjadi bagi mereka yang bermata kecil! Apa tu eye-bag? Nehh…

7. Anda memiliki senyuman yang comel

Orang yang bermata kecil ni, apabila tersenyum, mata mereka pun akan turut tersenyum. Kan comel tu!

8. Paling mudah nak lukis wajah anda


Selalunya bahagian paling susah untuk melukit potret wajah seseorang adalah di bahagian mata. Tapi mata anda paling senang nak lukis!

9. Anda memiliki pandangan mata yang tajam

Bila anda tak ada mood, cara mudah untuk beritahu orang sekeliling adalah dengan memberi pandangan tajam anda.

10. Mata kecil/sepet adalah trend sekarang

Lihat wajah kacak pelakon Korea ini. Kan comel tu. Memang boleh buat cair!



.:.

No comments:

Post a Comment