Sunday, April 9, 2017

Warga Emas Lacur Isteri Sendiri Untuk Dapat Upah RM20


Hanya kerana mendapat upah RM20, seorang lelaki warga emas sanggup 'melacurkan' isterinya sendiri kepada rakannya sebanyak dua kali sejak bulan lalu. 

Lebih jijik, lelaki berusia 69 tahun itu turut menyaksikan perbuatan terkutuk sebelum menerima upah sebanyak RM20.

Bagaimanapun tindakan bersifat syaitan itu, akhirnya membawa padah apabila dia ditahan bersama rakannya itu di Padang Sanai, Kedah semalam.

Memetik laporan Harian Metro, dalam kejadian pertama jam 11 malam itu pertengahan Mac lalu, mangsa berusia 63 tahun dipaksa melakukan hubungan seks dengan rakan suaminya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan berusia 61 tahun.

Ketua Polis Daerah Padang Terap Deputi Superintendan Ahmad Nasir Jaafar mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

"Mangsa pada mulanya enggan menuruti arahan suspek namun disebabkan suaminya bersifat panas baran dan akan memukulnya jika enggan mengikut arahannya menyebabkan dia akur dan kali terakhir dirogol pada Ahad lalu."

"Mangsa tidak tahan menjadi hamba nafsu seks suspek kemudian bertindak membuat laporan di Balai Polis Kuala Nerang semalam," kata Deputi Superintendan Ahmad Nasir.

Suami mangsa dan rakannya sudah ditahan dan direman seminggu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan 372B Kanun Keseksaan, tambahnya.


.:.

No comments:

Post a Comment