Tuesday, April 4, 2017

Usahawan Muda Asalnya Meniaga Air kelapa Tepi Jalan Sekarang Mampu Menjana Income Berbelas Ribu .

Aku nak cerita sikit pengalaman aku masa nak start bisnes dulu.
Masa umur aku 16 tahun aku dah start bisnes pertama aku iaitu meniaga air kelapa ( Kelapa Warisan Abah) . Masa tu aku sekolah lagi budak2 baya aku semua sibuk melepak dgn kawan2 hisap shisha hari2 . Tapi aku setiap pukul 5 je dah siap2 kena setup barang niaga pergi Kip Mart beli kelapa, beli cup, beli gula. senang cite beli semua brg niaga lah. Itu rutin harian aku sbb aku sedar sampai bila nak harapkan duit mak bapak. Alhamdulillah masa tu aku kaya kejap kat sekolah 😂
Lepas habis sekolah je aku stop meniaga sbb aku dapat tawaran belajar di Politeknik Merlimau Melaka dan mak bapak aku pun suruh sambung belajar. Aku amik course Mechatronic Engineering. Course tu mmg rabak sbb banyak theory nak kena baca. Aku dah lah tak minat membaca 😅tapi aku teruskan jugak sampai sem 4 ke 5 entah tak ingatlah pastu keluar result pointer aku jatuh teruk. lecture bagi aku pilihan sama ada repeat balik sem 1 atau berhenti. Dalam hati aku mmg tak lah nak repeat balik. Aku dah belajar dekat 2 tahun kot.
So aku decide untuk berhenti .
Kena bebel dgn orang tua aku "kau nak jadi apa nakkk oi takde pelajaran kau nak kerja apa ?"
Aku jawab "ala nanti orang cari lah kerja opis ke kerja mana2 lah yang penting ada kerja" Seminggu jugak aku tunggu 2 3 company untuk panggil aku kerja tapi satu habuk pun takde 😅
Maka bermula lah bisnes kedua aku iaitu meniaga shisha di Restoran FullTank Taman Perling. Dgn bermodal pinjam abg aku . Tapi masa tu aku still zero lagi dalam bisnes so aku takde saving hari ni dapat sale esok habis sampailah aku takde modal nak pusing balik . Dan bisnes kedua aku pun gagal . Sedihkan ?
Sebenarnya meniaga shisha bukan tak boleh. Boleh kalau pandai manage duit silap2 boleh dapat 4angka sebulan. Cuma aku je tak fikir panjang masa tu
Lepas stop meniaga shisha dekat sebulan jugak aku tak buat apa2 kat rumah keje melepak je. Selang beberapa hari aku dapat peluang meniaga di Kilang Bateri kawan aku offer . Aku tanya pendapat parent aku dia kata peluang datang sekali je. Tak amik rugi .
Maka bermulalah bisnes ketiga aku iaitu bisnes Dimsum ( Pondok Dimsum ) pinjam modal jugak modal parent aku.
Masa tu lah aku belajar struggle belajar manage duit belajar lebih mendalam pasal bisnes . Alhamdulillah dgn bantuan parent, keluarga dan rakan2 dan berkat doa kedua ibu bapaku akhirnya aku berjaya dalam bisnes ketiga aku yang still jalan sampai skrng dengan umur aku 22 tahun . 3bulan je aku dapat bayar modal parent aku .
Dari situ jugak aku dapat pergi bercuti di Thailand, London, Paris, Venice, Amsterdam dan lain lain.
Pastu aku ada modal lebih sikit aku kembangkan duit jadi sleeping partner dalam satu bisnes ni iaitu (rahsia) 😝 Alhamdulillah duit tak putus mcm tu je.
So, nak dipendekkan cerita jangan takut kalau anda nak start berbisnes dan kalau boleh sebelum start bisnes cari sorang cikgu/mentor yang boleh guide dan ajar anda dalam selok belok bisnes . Mentor saya mak dan abah saya lah ☺️ Jangan sombong tak tahu tanya sbb orang sombong selalu rugi !
Nasihat aku untuk berjaya dalam bisnes
1. Jaga hati mak bapak
2. Jaga hubungan dgn Allah ☝🏻
3. Jangan kedekut banyakkan bersedekah
4. Stay positive dan biar buat org buat kita jgn kita buat org
5. Sabar dan jangan cepat putus asa, ingt "it's just a bad day, not a bad life"
Agak2 ada tak sesiapa nak jadikan saya sebagai mentor ? Hehehe



.:.

No comments:

Post a Comment