Wednesday, April 5, 2017

"Setiap Insan Adalah Pendosa Walaupun Dosa Itu Berbeza"


Setiap orang punyai kisah kehidupan yang berbeza. Ada latar cerita yang berbeza. Penekananya, setiap orang punya sejarah silam yang berbeza.

Satu yang aku nak ingatkan kepada kita semua, tolonglah jangan judge kesilapan or dosa orang lain. Yes, orang tu pernah buat dosa yang menyebabkan masyarakat tak suka. Tapi sedarlah diri kita ni juga pendosa.

Kita semua pernah melakukan dosa. Walaupun jenis dosa yang kita lakukan berbeza. Tapi kita tetap pendosa. Jangan kita merasa kita baik selalu sehingga kita merasa kita sempurna.

Aku terpanggil untuk share di sini bila aku join satu program yang membawa aku bertemu insan-insan yang berdosa. Pelbagai kesilapan yang pernah mereka lakukan. 

Dari sekecil-kecil benda sehinggalah ke sebesar-besar dosa. Pelbagai cerita aku dengar dari mereka. Beribu sesalan yang mereka keluarkan. Dan beribu harapan juga mereka ucapkan kepada aku, untuk menjadi insan yang lebih baik. 

Tetapi kadang-kadang mereka terpaksa mendiamkan diri, kerana masyarakat tak boleh terima diri mereka.

Siapa yang tidak pernah jatuh ke dalam lembah kegelapan dosa? Ramai dikalangan kita cuba bangkit dari kehidupan silam. Mengumpul kekuatan. 

Bukan senang dan tidak mudah. Kita cuma insan, yang akhirnya akan di judge juga dihadapan Allah kelak. Walaupun sekarang kita hebat dalam judge orang di dunia.

Sebesar mana kesalahan seseorang insan, Allah melimpahkan RahmatNya kepada semua makluk. Jika disiangnya kita melakukan dosa, malamnya Allah menanti kita untuk memohon keampunan kepadaNya.

Jika dimalamnya kita melakukan dosa, disiangnya Allah menanti kita dengan sifat pemaafnya yang melebihi kemaafan manusia.

Masyarakat, kalau kita tahu some story tentang kesilapan orang lain. Simpanlah sebagai rahsia kita. Allah akan menutup aib kita diakhirat kelak. Aku rasa semua orang tahu perkara ni. 

Lembutkan hati dan letakkan pandangan yang baik pada orang yang digelar “hina” oleh sesetengah masyarakat. Kita tak tahu kehidupan siapa yang akan lebih baik. 

Sehina pendosa dia tahu dia berdosa dan akan terus bertaubat. Tetapi lebih hina adalah insan yang merasa dirinya tidak punyai dosa dan terus lalai.

Sorry kalau ada yang tak setuju dengan apa yang aku share. Aku juga pendosa.


.:.

No comments:

Post a Comment