Sunday, April 9, 2017

Pesawat MH2718 Tergelincir Ketika Mendarat, 61 Penumpang Selamat


Pesawat MH2718 Malaysia Airlines yang bertolak dari Kuala Lumpur dilaporkan tergelincir ketika melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Sibu, Sarawak malam tadi sewaktu hujan lebat.

Memetik laporan Bernama, dalam kejadian pukul 10.17 malam itu Malaysia Airlines menyatakan kesemua 61 penumpang dan enam kapal yang menaiki pesawat Boeing 737-800 tersebut selamat.

Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan dari menggunakan dua pelampung keselamatan, kata Malaysia Airlines dalam satu kenyataan di Facebook malam tadi.

Syarikat berkenaan turut berkata ia akan melakukan siasatan segera bagi menentukan punca kejadian.


.:.

No comments:

Post a Comment