Friday, April 7, 2017

Pesakit Hilang Sabar Petugas Klinik Kesihatan Lembab Buat Kerja


Berang kerana menunggu terlalu lama untuk mendapatkan rawatan, seorang pesakit lelaki mula hilang sabar dan bertindak merakam aksi petugas klinik yang sedang bekerja.

Menerusi video berdurasi 3 minit 55 saat itu, petugas klinik tersebut diminta oleh pesakit itu untuk memberi penjelasan tentang kelewatan dan perkhidmatan yang dianggap lembab.

"Mai pukul 2 tadi, sampai la (sekarang) pun tak ada apa lagi. Depa ni dok dalam ni buat keraih aih.. Dari pukul 2, sekarang dah dekat 2.30. Dari sorang tunggu la (sekarang) dah ramai ni.." 

"Daripada tadi tak ada apa langsung, doktor pi mana tak tau" 

"Sempoi.. kata klinik cemerlang, tapi tak dak siapa" kata lelaki tersebut.

Akhirnya selepas hampir satu jam menunggu, barulah pegawai perubatan muncul. Sekali lagi pesakit tersebut cuba meminta penjelasan dari pegawai perubatan itu namun tiada jawapan yang diberikan.

Ramai menyokong tindakan lelaki tersebut namun tak kurang juga yang tidak bersetuju. Segelintir netizen yang lain pula mencadangkan agar Kementerian Kesihatan Malaysia menyiasat dakwaan lelaki dalam video tersebut. 

Bagaimanapun, mungkin tidak adil jika kita hanya mendengar dakwaan dari sebelah pihak sahaja. Diharapkan pihak klinik terbabit akan tampil memberi penjelasan sebenar mengenai dakwaan lelaki ini.

Pernahkah anda berdepan dengan situasi yang sama seperti lelaki ini? Jika pernah, jom kongsikan pengalaman anda.


.:.

No comments:

Post a Comment