Tuesday, April 4, 2017

Lelaki Ini Kongsi Bahaya Budaya "Prank" Yang Sedang Melanda Masyarakat


Zaman sekarang ramai betul nak buat prank dengan harapan boleh viral dan popular di media sosial. Tambah-tambah lagi masuk bulan April maka ramailah yang nak buat April Fool. 

Namun, apakah sebenarnya budaya prank ni? Prank merupakan satu budaya dimana seseorang akan merancang melakukan tipu helah/penipuan terhadap orang lain. Memang tak dapat dinafikan ada yang melucukan namun sering kali dianggap melangkaui batas dalam budaya masyarakat kita. 

Taufiq Razif baru-baru ini telah berkongsi di laman sosial beliau mengenai budaya ini yang sedang menular di kalangan masyarakat kita. 

Ada sekali tu masa saya tengah scroll Facebook saya ternampak status sorang sahabat Facebook perempuan saya. Dia tulis bekas pakwe dia call dia.

Punya la bermadu kasih yang dah lama terpendam di hati. Siap luah rindu dan sayang. Perempuan ni pulak cakap yang dia pun rindu bekas pakwe dia jugak tapi EH. BUKAN PEREMPUAN NI ISTERI ORANG KE? Ya Allah! Mengucap panjang saya.

Saya malas nak habiskan baca status dia sebab panjang sangat. Saya dah mula sangka buruk dah. Hampir saya nak block sahabat Facebook saya tu tapi sebab saya kesiankan suami dia maka saya baca la juga sampai habis kan. Mana tahu saya boleh nasihatkan si suami kalau saya tahu kisah sebenar kan.



Ya Rabbi! Rupanya kat status bawah dia tu tulis lebih kurang camni. " Masa nak gi honeymoon dengan bekas pakwe rupanya ada 2 bilik hotel "

Hotel yang sama, bilik yang sama... 

Tetapi, dua harga yang berbeza... 

Kenapa bayar lebih? 

Anda boleh mencari hotel ideal anda di trivago... 

Trivago membandingkan lebih daripada 200 laman web.. 

Anda boleh mencari hotel ideal anda dengan harga terbaik.. 

Hotel? Trivago!

Terkedu saya. Saya tak mampu nak gelak walaupun saya tahu ini cuma prank. Cuma saya rasa sedih. Saya tak tahu apa suami dia rasa lepas baca status dia ni. Camne kalau suami dia terlafaz cerai disebabkan prank dia ni?Saya tak tahu apa jadi kalau saya cuma baca sekerat jalan je tadi. Mesti saya akan memandang buruk sahabat Facebook wanita saya ni sampai bila-bila.

Korang kena ingat. Dalam 1000 sahabat Facebook korang mungkin 100 orang yang jenis baca sekerat jalan je. Maka maruah korang akan tercemar di mata 100 orang tu kalau korang prank diorang tau. 

Tolong ingatkan kesan prank ni pada sahabat Facebook korang yang lain juga. Jangan sampai ada rumahtangga yang hancur hanya kerana sebuah prank. Beringat ye wahai sahabat Facebook saya semua.


.:.

No comments:

Post a Comment