Tuesday, April 4, 2017

"Jika Dah Balik Rumah Mak Ayah, Sila Ringankan Tangan Untuk Tolong Walaupun Dah Ada Anak-Anak"


Kepada adik-beradik perempuan/menantu perempuan

Jika dah balik rumah mak bapak korang, sila lah ringan tangan untuk menolong hatta sudah mempunyai anak-anak. Suruh lah laki korang jaga anak-anak tue kejap. Apa lah salah yer minta tolong laki-laki korang. Bukan selalu pun balik kampung kan.

Kekonon balik kampung, fefeling nak suruh mak kandung masak. Tapi mak korang tak nak masak. Please jangan nak mengada-ngada demand macam-macam. Mak korang tue dah tua nak melayan jiwa raga korang dari kecik sampai la dah besar panjang. Dah ada anak dah pun korang jadi if nak demand-demand, pergi minta resipi jer. Masak sendiri kat rumah ok.

Jika nak ajak semua adik beradik makan kat rumah mak pak korang, sila sape yang buat cadangan makan-makan tue masak. Dah lah sibuk demand nk makan itu ini, tapi bila bab nak masak. Semua diam. Ini idok, orang yang tula tue la je yang masak. Orang yang tula tue je la yang bersih. Kalau tak, makan jer KFC. Senang cerita. Tong-tong.

Bila dah masak-masak, haruslah banyak pinggan-pinggan,cawan-cawan, pisau-pisau, bekas-bekas, papan pemotong dan etc. Sila jangan tinggal macam ada bibik 10 orang dalam rumah. Please jangan mengada-ngada. Sambil-sambil masak boleh basuh semua di atas. Sila amalkan.

Dah abis makan-makan dalam rumah mak pak korang, sila basuh pinggan masing-masing. Kalau laki korang jenis tak basuh pinggan, sila basuhkan untuk diorang. Sila gotong royong sesama semua kaum hawa dalam rumak mak pak korang untuk simpan semua lebihan lauk-pauk, kemas periuk-periuk,kemas meja, kemas lantai dan kemas apa yang perlu. Ini idok, bajet madam plak nak pergi duduk kat area TV ber santai-santai. Banyak cantik muka korang. Lepas dah siap, baru lah boleh nak borak-borak.

Yang nak cakap disini, mentang-mentang akak nie menetap di rumah mak pak, adik-beradik perempuan nie buat akak macam orang gaji plak. Please pembaca-pembaca kat luar, sila jangan layan adik beradik korang macam nie. Kalau korang fefeling diva, sila upah orang gaji letak kat rumah mak pak korang. Kalau takde bajet, sila rendah diri dan jangan mengada-ngada.

Tolong-menolong itu amalan mulia, fefeling diva nie amalan syaitoonnnn.


.:.

No comments:

Post a Comment