Tuesday, April 4, 2017

"Jangan Semak Dengan Life Aku" Status Anak Derhaka Ini Undang Kemarahan Netizen


Dasar anak derhaka! Ada ke patut seorang anak memuat naik status negatif mengenai bapa sendiri di Facebook (FB), apatah lagi mendoakan kematiannya. Sangat biadap!

"Tak tahu kenapa, kadang-kadang rasa kematian bapa lagi bagus kot," tulisnya.

Menerusi perkongsian status itu, dapat dilihat gadis itu sedang dikuasai perasaan amarah dan tidak dapat menahannya sehingga dia sanggup menulis status sedemikian.

Dari luahan itu, gadis terbabit berkemungkinan berasa rimas dan jengkel dengan sikap bapanya yang sering mencampuri urusannya.



"Jangan kacau hidup aku," katanya.

Perkongsian itu mengundang kecaman netizen yang berang dengan tindakan gadis itu selain menyifatkannya sebagai anak tidak sedar diri dan tidak bersyukur.

"Anak tak sedar diri, kau mati lagi baik. Mengurangkan spesies orang gila macam kau di dunia ini.

"Hargailah masa bapa masih hidup. Aku dah tiada abah, rindu sangat nak berborak, peluk cium dan jalan-jalan bersama," antara komen netizen.

Sedih dengan sikap masyarakat masa kini yang gemar meluahkan perasaan di media sosial untuk menjadi tatapan umum. Inikan pula mendoakan kematian bapa sendiri. Patutkah?


.:.

No comments:

Post a Comment