Tuesday, April 4, 2017

Farah Elmo Buat Hal Lagi! Kali Ini Meroyan Sambil Mencarut Dalam Aplikasi Bigo Live


Tular di media sosial sejak beberapa minggu lepas mengenai video seorang gadis ‘utara’ yang dikenali sebagai Farah Elmo.

Video yang dimuat naik olehnya mengundang kemarahan netizen apabila topik yang dibebelkan adalah mengenai lelaki malas bekerja dan hantaran kahwin RM20K.

Tak tahan dikecam, akhirnya gadis ini memuat naik video permohonan maaf atas kelantangannya sebelum ini.

Namun baru sahaja namanya kian reda diperkatakan, sekali lagi video mengenai gadis ini menjadi tular. Kali ini lebih dasyat apabila video tersebut memaparkan gadis ini sedang mengamuk sambil mencarut-carut di sebuah aplikasi media sosial, BIGO LIVE.

Menurut gadis berkenaan, dia terpaksa mencarut kerana sudah hilang sabar dengan perangai sesetengah netizen yang asyik mengecamnya.

Seperti sebelumnya, video gadis ini sekali lagi dikecam "berbakul-bakul" dan menjadi bahan "troll" di media sosial.



.:.

No comments:

Post a Comment