Friday, April 7, 2017

Dipaksa Pakai Seperti Jururawat Sebelum Diliwat Oleh Petugas Rumah Kebajikan


"Saya tidak malu untuk menyatakan mengenai kejadian diliwat itu, malah tiga yang lain turut menerima nasib sama."

Demikan dakwaan Muhammad Khairul Hafiz yang merupakan Presiden Pertubuhan Kebajikan dan Sosial (Perbak) berhubung dirinya dipaksa berpakaian umpama jururawat sebelum didera secara seksual.

Memetik laporan mstar, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tersebut mendakwa kejadian menjijikan itu berlaku ketika dia mendiami sebuah rumah kebajikan yang menempatkan penghuni di kalangan budak lelaki di Durian Daun di Melaka. 

Tambah beliau, kejadian turut melibatkan petugas rumah kebajikan itu berlaku antara 1999 dan 2004 dan salah seorang mangsa yang dikenali sebagai Anbarasu kini berubah menjadi pondan dan menetap di Ipoh.

"Penghuni yang menjadi mangsa terpaksa mendiamkan diri selepas aduan kepada pengurusan rumah kebajikan itu tidak dapat mengambil sebarang tindakan susulan kekurangan bukti, kecuali beberap kes yang mendapat perhatian." 

Menurutnya, selepas lima tahun mengumpul bukti beliau dapat merujuk kejadian itu kepada seseorang yang berkuasa di Putrajaya yang mahu mendengar masalahnya.

Kata Muhammad Khairul, beliau akan membuat laporan polis di Putrajaya pada Jumaat demi memperjuangkan hak bekas penghuni dan mereka yang menetap di rumah kebajikan itu.


.:.

No comments:

Post a Comment