Monday, April 3, 2017

"Aku Tersepit Antara Tanggungjawab Seorang Anak Atau Taatkan Suami?"


Aku anak kedua dari 8 orang adik beradik. Seorang surirumah dan mempunyai seorang anak lelaki berumur 3 tahun. Sebelum berkahwin aku bekerja tetapi setelah aku berbadan dua, suami aku menyuruhku berhenti kerja memandangkan kami tidak tinggal bersama jadi dia agak khuatir dengan keadaan aku jika tinggal jauh. 

Kini dah 3 tahun aku bergelar surirumah Kakak sulungku juga setelah berkahwin dia pun tidak bekerja. Setakat ini dalam adik beradik aku, adikku yang ketiga sahaja bekerja. Lelaki tetapi juga telah berkahwin. Yang keempat sedang belajar di U tapi dah di semester akhir-tengah internship. Yang kelima masih belajar di kolej manakala selebihnya masih belajar di sekolah menengah.

Dilema ini bermula setelah ayah aku secara tiba tiba disuruh meletakkan jawatan. Tahun ni ayahku berusia 59 tahun. Ayah aku bekerja sendiri. Maksudnya banyak barang dihantar, adalah komisen dia. Basic ayah aku dalam rm800. Dahulu adik adik aku boleh dikatakan agak senang disebabkan ayah aku masih kuat jadi dia sorang kerja pun boleh capai gaji 5 angka jugakla. 

Sejak ayah dah tua, sakit jantung dan kencing manis menyerang jadi dia upah orang. Gaji tetap 5 angka tapi untung bersih setelah ditolak gaji pekerja tinggal dalam rm2 ke rm3k sahaja. Masih mencukupi untuk menyara adik adik aku tapi taklah semewah dulu. Okeh berbalik pada ayah aku disuruh meletak jawatan tu berpunca dari pekerja dia yang agak cuai bila menghantar barang. 

Kadang ada yang MIA, tak update status dan ada jugak yang rosak. Yang menanggung? Ayah aku la. Ayah pulak baik sangat pada pekerja. Gaji bagi full aje, topup dan duit minyak pun dia kasi.

Dah diberhentikan kerja ayah tak dapat nak buat apa apa. Nak bawak pada jabatan buruh pun ayah dah takde hitam putih surat pelantikan. Entah mana ayah letak katanya. Ayah tak ada potongan socso, sekadar kwsp sahaja. Kami adik beradik 3 orang yang teratas ni menolonglah sekadar termampu. Tapi macam aku dan kakak aku tak banyak yang kami boleh sumbangkan. Almaklumlah duit suami.

Baru baru ini aku dapat panggilan dari mak saudara aku; kakak kepada ayah. Dia bising katanya ayah duk minta sedekah dengan dia dan mak sedara sorang lagi. Aku agak marahla. Cakap ayah minta sedekah. Padahal bila ayah mintak tolong dia yang beria nak bantu. Depan muka manis, belakang mengata ayah. 

Memang aku akui la, ayah pun kerap berkunjung ke rumah diorang. Kadang ayah bawak adik bertiga yang sekolah menengah tu pergi rumah mak sedara, che ana. Lepas tu che ana suruhla adik adik bersih longkang, siram pokok dan basuh porch. Dapatlah upah rm10 sorang. 

Pastu dia bagi ayah barang asas macam beras, minyak, gula dan macam macam lagilah. Ayah maybe rasa adik beradik dia boleh diharap jadi bila tak ada duit dia pun mintak pinjam dengan diorang. Jadi mak sedara aku ni ingat kitorang tak bagi ayah duit belanja. Katanya kereta abah dah nak kena tarik sebab tak bayar. Aku dah bincang dengan ayah sebelum ni pasal kereta tu. 

Kata ayah nak bagi dekat anak che ana tu untuk sambung bayar. Jadi aku ingat dah setel la hutang kereta. Rupanya anak che ana tak nak kereta tu. Ah siapa yang nak? Kereta tu walaupun baru 4 tahun guna dah macam 9 tahun. Ayah ada katarak, walau tak nampak dia tetap bawak kereta tu. Bayanglah bawak kereta tak nampak. Abih disondolnya bumper orang, pokok, divider. Hmm ayah ayah..

Jadi bila dah jadi macam ni, aku pun bincang dengan kakak sulung dan adik no 3 apa kitorang nak buat? Rupanya kakak sulung aku dah tolong bayar bulanan kereta tu cuma dia tak bagitahu ayah. Kakak cakap dia boleh tolong bayar bulan bulan tapi duit untuk mak ayah memang dia tak mampu nak bagi lah. Tu pun atas ikhsan suami dia nak tolong bayar rm400++ tiap tiap bulan.

Bila tengok dah jadi macam ni, aku suarakan niat aku kat suami nak kerja semula. Mak aku sanggup tengokkan anak aku jadi tak ada masalah aku nak hantar taska ke apa tapi kami terpaksa berjauhan la. Suami aku tak setuju. Dia taknak kami duduk jauh, dah elok duduk rumah sewa. Rumah kami 2 jam perjalanan dari rumah mak ayah jadi untuk ulang alik agak lelahla jugak.

Ayah aku support aku nak kerja. Lagipun ada jawatan kosong dengan kerajaan negeri jadi guru tadika. Gaji dalam rm1600++. Aku fikir nak kerja dalam setahun saja sementara tunggu adik no 4 dan 5 habis belajar. Tapi suami tetap bangkang. Katanya kalau aku nak kerja, kerjalah tapi dia tak redha. 

Lepas tu dia tak nak jadi weekend husband, dia nak mintak transfer cawangan jauh plak. Aku sedihla. Aku pun taknak jadi macam ni tapi aku tersepit bila tengok mak ayah dan adik adik. Setakat gaji suami yang tak menentu yang based on project. Kadang duit simpanan aku pun aku korek nak bagi kat ayah. Duit raya anak lagila.

Korang mesti fikir suami aku selfish. Maybe jugak tapi selfish dia bersebab. Dia agak marah sebab aku nak berkorban tapi kakak sulung aku tak buat macam tu. Suami kakak aku pensyarah maybe gajinya 2 kali ganda gaji suami aku. Tapi yelah dia pun menantu takkan dia nak berhabis duit pada mak ayah mertua kan? Tolong bayarkan bulanan kereta pun dah baik sangat bagi aku.

Apa yang patut aku buat? Adik lelaki aku no 2 tak payah cerita la. Dia lagi banyak bagi duit kat mak ayah. Kesian dia terpaksa berhutang dengan kawan kawan lagi. Isteri dia pun tak kerja jadi komitmen dia pun tinggi nak bayar rumah sewa, kereta lagi.

Yang jadi trigger pada aku nak kerja ni sebab bila aku nak bagi duit kat mak ayah, tapi bila bagi banyak sampai tak perasan tinggal sikit lagi duit untuk kami nak hidup jadi suami agak melentinglah. Macam sekarang bila suami on project aku balik rumah mak ayah. Jadi mestilah aku tolong beli barang dapur. Itu yang tak perasan terlebih beli. Yelah mak pun kadang nak itu ini tak sampai hati aku nak tolak.

Aku ada mohon bantuan zakat dan jabatan kebajikan masyarakat untuk ayah. Tak tahulah proses lama mana sebelum nak dapat tu. Kalau dapat bolehlah ringankan sikit beban ayah dan adik adik. Aku memang tersepit, antara taatkan suami dan tanggungjawap seorang anak?


.:.

No comments:

Post a Comment