Tuesday, April 4, 2017

"Aduh Gemuk" Gara-Gara Tweet Gemuk Gadis Ini Kena Kecam Teruk Dengan Netizen Tapi Ada Kisah Disebaliknya


Setuju atau tidak, sesetengah wanita di media sosial memang gemar memuat naik gambar atau status untuk menarik perhatian orang ramai.

Kadang-kadang perkara yang dikongsi itu membuat dirinya sendiri dikecam dan inilah yang terjadi pada seorang gadis di Twitter.

Gara-gara memuat naik sekeping foto dengan kapsyen "Aduh Gemuk", dia dihentam teruk oleh netizen.

Dia sendiri tidak menyangka gambanya menjadi tular sehingga ada yang membalas dengan kata-kata kecaman dan melampaui batas.

Kebanyakannya memerli diri gadis ini yang kononnya dengan mengatakan dirinya gemuk, pengikutnya akan memujinya sebagai kurus dan cantik.



Namun, bukanlah niat untuk meraih perhatian, ada cerita di sebaliknya. Sebenarnya gadis ini memang mengalami pertambahan berat badan sebanyak 13 Kg, dan disebabkan itulah dia menyatakan dirinya sudah gemuk.

Bagi membalas balik segala kecaman, gadis ini turut memuat naik beberapa status lagi untuk menjelaskannya.

Buat pengetahuan, gadis ini dahulu memang gemuk, sekarang lihat sahaja perubahannya. Hakikatnya, apa yang kita nyatakan memang kadang-kadang akan disalah ertikan oleh orang lain. Bertabahlah.


Nasihat buat anda di luar sana, selidik dahulu cerita sebenar sebelum menjatuhkan hukum kepada orang lain ya.


.:.

No comments:

Post a Comment