Monday, March 6, 2017

[VIDEO] Boleh Tahan Jijik! Pekerja Mamak Uli Tepung Campur Peluh


Perkongsian video yang memaparkan sebuah restoran mamak di laman sosial baru-baru ini mencetuskan pelbagai reaksi negatif netizen.

Dalam rakaman yang dimuat naik oleh pengguna Facebook Iky Faiereyl itu menunjukkan pekerja restoran mamak di ibu negara menguli tepung roti canai dengan cara yang paling menjijikkan.

"Baru lepas order roti bom dengan roti canai. Bawa family minum petang. Putus selera tengok. Boleh kot uli kat tempat tertutup, or beli mesin uli.

"Sampai lengan nuhhhh. Siap tarik lap peluh bagai. Hangpa tengok sendiri la. Telan air liur tak tahu nak makan ke tak," tulisnya di Facebook. Pekerja berkenaan juga dilihat mengesat peluhnya di dahi menggunakan tangan yang sama digunakan untuk menguli tepung tersebut.

Majoriti komen terhadap video berkenaan menyatakan rasa jijik namun ada yang beranggapan bahawa ianya merupakan amalan biasa bagi mana-mana pengendali restoran menguli tepung menggunakan tangan.

Menurut laporan lagi, lokasi restoran tersebut terletak di kawasan perindustrian Taman Tasik Permaisuri, Cheras.



.:.

No comments:

Post a Comment