Monday, March 20, 2017

"Upin Ipin Dan Boboiboy Ajar Budak-Budak Kecil Biadap"


Upin dan ipin serta boboiboy merupaka dua animasi popular di negara ini. Ramai kanak-kanak di malaysia mengenali karekter dalam rancangan animasi tersebut. 

Malah kedua-dua animasi ini juga telah menjadi penanda aras dalam penghasilan animasi setanding dengan negara luar. 

Namun, seorang wanita Nik Jamilah Yahya pula menganggap sebaliknya. Dalam satu status yang dimuat naik, beliau mendakwa animasi tersebut tidak berapa sesuai kerana menggunakan dng dialog yang agak kasar dan biadap. Ini boleh mempengaruhi penonton kanak-kanaknya. 


Upin Ipin..kartun melayu yg mengajar budak2 biadab. Mungkin ada yg x setuju dgn saya. Tp saya sangat kesal betul lah dgn kartun cantik dan comel macam upinipin tetapi tiada penekanan adab dan bercakap biadab.

Al kisahnya saya download utk ank2. Skali sy dgr dialog mereka..panas sungguh hati.

Kak Ros: Nakal! Pergi lagi main!

Opah: ala Ros..mereka kan budak-budak lagi. Kau dulu pun lagiiii nakal!

U&I: hah! Kak ros lagi nakal? Oooo..cakap kat org shja lebih.

Kakros: watak yg teruk.tegur adik beradik dgn nada tengking2 shja.

Opah: asyik memenangkan cucu walaupun cucu buat silap. Dan jika ada yg menasihati,ditembaknya pula kpd si penasihat! Fail!!!!

Upin&Ipin: melawan..menjawab dan suka mengejek!

So kartun ini cantik dan menarik dr segi gambar dan suasana kampung yg mengimbaukan kenangan zaman kanak2 kita. Taaaapiiiii.....dialog bahasa mmg salah! Kenapa perlu ayat2 kasar. Dan saya tengok upin ipinberi pengaruh buruk dr segi adab bercakap anak2.

So hati2 lah utk bagi anak tgk kartun.pilih yg benar2 sesuai. Gmbr cantik comel bukan penentu ianya berkualiti.

Anak mudah terpengaruh dgn cara upinipin bercakap. Awasi dan elakkan terus.

Sekian dr mak yg frust dgn industri kartun malaysia.

Boboiboy lg lah biadap! Ah!!!! Bila diperhatikan semua kartun yg masuk saluran tv hmpir 89% dialog yg biadab.

Daripada anak xpandai menjawab..tgk kartun pandai menjawab..daripada anak minta apa2 tanpa merungus..tengok kartun terus minta sesuatu dgn merungus dan memaksa. Jgn biarkan kartun menghasilkan kualiti buruk dalam diri anak2.


.:.

No comments:

Post a Comment