Monday, March 20, 2017

Tragis! Wanita Mengandung Maut Dirempuh Keretapi Ketika Ambil Gambar Di Landasan


Wanita mengandung maut dirempuh keretapi ketika mengambil gambar di atas landasan keretapi berikutan tanpa disedari ketika itu keretapi sedang bergerak laju menghampiri ke arahnya.

Nahas yang cukup tragik itu membabitkan kematian dua nyawa dalam satu mayat, berlaku di Texas, Amerika Syarikat pada 15h Mac iaitu Rabu lalu kira-kira 1 petang. 

Memetik laporan NY Daily News, mangsa berumur 19 tahun dikenali sebagai Fredzania Thompson bertindak mengambil gambar di landasan keretapi berikutan mempunyai impian untuk menjadi seorang model yang profesional.

Tanpa diduga, ketika penggambaran dia menyedari ada sebuah keretapi sedang bergerak laju ke arahnya. Ketika melarikan diri, mangsa dilanggar oleh sebuah lagi keretapi dari arah bertentangan. 

Mangsa dilaporkan mati dalam perjalanan ke hospital. Difahamkan tiga hari selepas kejadian nahas, Thompson akan menyambut harijadinya yang ke- 20 tahun, tunangnya yang berumur 25 tahun memaklumkan.

Dia yang baru sahaja diberitahu berita kehamilan tunangnya, kini semua hanya tinggal kenangan sahaja.


.:.

No comments:

Post a Comment