Thursday, March 9, 2017

"Tolong Share Dan Viralkan Kes Kematian Anak Saya Supaya Dapat Pembelaan"


Tergerak hati dan diberi kekuatan utk menulis berkenaan arwah anakku Amanda.Ingin meminta simpati dari orang ramai supaya sedikit sebanyak dapat membantu membela kematian anakku Amanda.Dah setahun setengah kes penderaan anakku sehingga menyebabkan kematiannya sunyi sepi tanpa ada ape2 berita dari siasatan.

Pada Jumaat 6/11/15 aku dapat panggilan dari BK (nama gelaran suami ketika itu) mengatakan anakku sesak nafas dan dalam pemerhatian doktor.Hati tak sedap terus hubungi bekas suami (ayah Amanda) menyuruh dia memeriksa jika Amanda ada di Hospital Besar KL.

Tepat tekaan aku!Tapi berita yang aku terima buat luluh hati terasa seperti langit menghentam aku sesak nafasku!Amanda dah pergi untuk selama-lamanya....

Hati aku keliru kosong aku lihat jasad anakku kaku tanpa ada sebarang kesan bagaimana Amanda pergi dalam pada aku mengawal kesedihan hati.Sedangkan dia sihat saja sebelum ni.

Bapa Amanda buat satu laporan laporan polis kerana curiga dengan kematian anakku Amanda.Aku dalam kebingungan.Kata BK dia sesak nafas.

Keesokannya, pihak polis mengarahkan utk melakukan bedah siasat ke atas mayat anakku Amanda mengikut prosedur.Aku pada mulanya tak sanggup, tapi aku akur juga demi kebenaran aku relakan jasad anakku Amanda dibedah.

Tak terbayangkan jasad anakku dibelah dan tempurung kepalanya digergaji dan dijahit semula jasadnya,buat hatiku benar-benar hancur!Ibu mana yang sanggup lihat jasad anak kandung diperlakukan seperti tu?


Pagi tu, soal siasat oleh pegawai perubatan, BK ada menyuruh pegawai perubatan supaya tak buka dan bedah kepala anakku Amanda.Aku sedapkan hati mungkin dia tak mahu jasad anakku tersiksa.BK aku lihat mencurigakan malam tu.Dia tak tidur!Mundar mandir sorang diri, nampak gelisah sekali gelagat dia.Padahal yang meninggal tu anak kandungku.

Pada malam keesokkannya, selesai sesi bedah siasat aku di beritahu kematian anakku Amanda berpunca dari keretakan tempurung kepala dipercayai dipukul dengan objek tumpul.Aku terperanjat tergamam! Hatiku hancur luluh dan sangkaanku kuat mengatakan BK bertangung jawab atas semua ni!

Malam tu aku dan BK dibawa dengan kereta polis dari perkarangan bilik mayat ke IPD.Aku betul-betul bingung kenapa perlu aku diambil polis.

Sampai saja aku dibilik siasatan aku disoal dengan pelbagai cara.Luluh jantung dengan berita pemergian anak kesayangan ditambah lagi nasibku berada di jeriji besi selama 6 hari! Soal siasat BK seolah2 takde ruang untuk berdebat dan aku percaya dia bersalah! Mungkin pihak polis kekurangan bukti utk sabit kesalahan dia!

Aku langsung tak dapat melihat untuk kali terakhir jasad anakku Amanda sebelum dia dikebumi. Aku betul-betul trauma dan terseksa dikurung ditambah kehilangan anak tercinta! Seperti mimpi yang amat dasyat aku lalui seumur hidupku.

Lepas 6 hari dikurung aku dilepaskan dengan jaminan polis.BK dan pembantunya masih ditahan reman selama 14hari.Aku di luar tak senang duduk selepas 14 hari tempoh tahanan reman BK berakhir kerana ketakutan bimbang diapa-apakan BK.

Selepas dari tempoh tahanan aku tak terima apa2 berita dari pihak polis berkenaan kes anakku Amanda.Langsung tak dibicarakan di mahkamah!

Jadi hari ni, aku menyeru dengan bantuan orang ramai tolong saya viralkan kes ini mungkin pihak berwajib dapat menyelesaikan kes ini secepat mungkin supaya diketahui apa sebenarnya yang terjadi atas kematian anakku Amanda. Supaya sesiapa pun yang terlibat dihadapkan ke muka pengadilan bukan tergantung dengan teka-teki!

Bersama-sama ini saya tunjukkan bukti laporan polis dan hasil bedah siasat kes kematian anakku Amanda.Aku farah adiba, bersaksikan dengan nama Allah bercerita benar dan faham apa yang bakal terjadi selepas aku mengupload kisah ini asalkan kisah ini aku dapat kongsikan pada semua supaya orang ramai buka mata dan telinga tentang apa yang terjadi.

TOLONGLAH BANTU SAYA, SEORANG IBU YANG TERANIAYA....ALLAHUAKBAR...








.:.

No comments:

Post a Comment