Tuesday, March 7, 2017

"Spiderman" Kurang Siuman Bergayut Pada Wayar Elektrik Gemparkan Penduduk Taman


Penduduk di Taman Desa Senadin, Miri, semalam digemparkan dengan tindakan lelaki beraksi ala 'Spiderman' pada wayar elektrik.

Seorang lelaki mahu dikenali sebagai Zulkifli yang juga penduduk di kawasan berkenaan terus menghubungi pihak berkuasa apabila menyedari kehadiran ‘Spiderman’ terbabit yang dipercayai kurang siuman.

“Saya menyedari perbuatan berbahaya lelaki berusia 30 tahun itu memanjat tiang dan bergayut ala ‘spiderman’ pada tiang wayar elektrik semasa sedang bersiap mahu pergi bekerja kira-kira pukul 6.10 pagi.

“Saya terus menegurnya supaya segera turun tetapi tidak dihiraukan. Bimbang dia terkena renjatan elektrik, saya segera menghubungi pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya,”

Tambahnya, anggota bomba dan polis yang tiba di tempat kejadian lima minit kemudian gagal memujuk lelaki itu untuk turun.

Namun, hampir 20 minit usaha memujuk dilakukan, lelaki itu tiba-tiba melepaskan pegangan tangan dan terjun ke arah bumbung rumah berhampiran tiang berkenaan.

Lelaki terbabit bagaimanapun tidak mengalami kecederaan dan segera dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. 


.:.

No comments:

Post a Comment