Sunday, March 5, 2017

"Saya Cukup Bahagia Jadi Seorang Suri Rumah"


Begini, saya ni seorang suri rumah berkelulusan ijazah sarjana dengan dua anak kecil setahun dan tiga tahun. Kisah bermula begini apabila sering didesak untuk bekerja oleh keluarga sendiri dan mertua.

Saya sendiri tak faham kenapa mereka nak sangat saya bekerja makan gaji sedangkan saya menjalankan perniagaan freelance designer/ jualan online dengan pendapatan sebulan seribu setengah dan ada kalanya menjangkau tiga ribu tanpa sebarang komitmen (kecuali ptptn)

Setiap bulan saya serahkan kepada ibu bapa saya seorang seratus – tiga ratus, dan jika lebih saya akan beri lebih bergantung kepada hasil bulanan tersebut. 

Adik beradik kalau ada lebih saya bagi juga merasa. Ada kala pergi bercuti saya bookingkan homestay untuk keluarga, bookingkan tiket kapal terbang , buat makan-makan di rumah keluarga dan bersedekah pada sedara mara. Tapi semua tu belum cukup pada mereka.

Mereka mendesak supaya saya bekerja dan makan gaji. Saya sedikit hampa, harapan saya supaya mereka sokong pekerjaan saya yang sekarang dan doakan supaya saya ada shop lot untuk dibangunkan.

Agaknya kerana saya seorang tak bekerjaya dalam keluarga, saya dipandang sebegini (ahli keluarga terdiri dari golongan profesional)

Ada juga makcik2 yang jauhkan diri bila tahu saya suri rumah, ada yang perli belajar tinggi-tinggi tapi tak kerja. Ada yang kata saya rugi kerana meninggalkan perkerjaan sebelum ini (bahagian farmasi) hanya kerana mahu menjaga anak.

Keluarga mertua n ipar duai juga sedikit memulaukan dan tidak bercakap soal kerjaya sekiranya saya ada kerana saya dianggap tak tahu apa2 tentang pekerjaan mereka.

Ada kalanya saya stress bila berdepan dengan orang luar. Saya kurang semangat tapi saya positifkan diri. Mereka tak tahu saya bahagia menjadi suri rumah cuma ada kalanya moral saya down.

Tapi semua tu tak lama. Saya pujuk diri saya, dengan menjadi suri rumah saya dapat mendidik anak saya sendiri, saya tak berhutang apa-apa, saya bebas mengikut suami bercuti dan melancong tanpa terikat dengan komitmen kerja. saya ada masa untuk mengaji dan saya banyak masa untuk diluangkan dengan anak-anak.

Keseronokan zaman bekerja terpaksa saya lupakan, makan ikut waktu dengan tenang- [sekarang sejak jadi suri rumah nak mkn dan minum kopi panas dengan penuh nikmat pun tak sempat.] bergosip isu semasa dengan kawan-kawan, melaram secantik-cantiknya ke opis, lunch ramai-ramai, berjawatan dan banyak lagi yang terpaksa dilupakan)

Saya lupakan demi anak yang masih kecil. Walaupun hidup suri rumah riuh dengan suara anak, jauh di sudut hati masih terselit rasa sunyi namun tak mengapa, hanya sementara.

Berkenaan makan gaji, saya tak sampai hati letak anak di nursery, hantar pukul 7am dan ambil 7pm. Saya tak kuat semangat seperti mommies di luar sana. saya tak kuat. tapi saya kagum dengan ibu di luar sana. Amat kagum!

Dan mungkin juga saya takde apa-apa komitmen, saya berani jadi suri rumah. Suami pula hanya pekerja technician kilang dengan gaji 2500. Namun cukup untuk bayar sewa rumah, loan kereta, loan asb dan juga saving utk kami empat beranak tanpa meminta duit saya.

Dan ketahuilah dengan gaji freelance saya, saya baru membeli sebuah tanah lot. Kalau saya makan gaji, saya perlu fikirkan transport, kos nursery dan sebagainya dan mungkin tabungan saya mengalami ketirisan.

Mungkin inilah takdir yang Allah berikan kepada saya. Mencari rezeki dari rumah sambil menjaga anak. Hidup sederhana. Soal suami buat hal dan tinggalkan saya itu saya tak nak fikir.

Apa yang saya fikir dan pegang, suami memang boleh tanggung isteri tapi sampai satu masa kalau suami tak buat hal, dia akan pergi juga ( meninggal juga). Isteri yang ada kerja terjamin sekiranya ditinggal suami. Percayalah itu salah satu kebaikannya. saya tak menyangkal.

Tapi, ingatlah kesihatan adalah anugerah. Jika suami buat hal dan kita ada kerja, bukan bermakna hidup kita akan selamanya terjaga. Ingatlah, boleh jadi kita akan jatuh sakit dan sebagainya lalu hilang pekerjaan.

Jadi kembalilah kepada Allah, sandarkan harapan dan doa kepada dia. Tiada satu pun boleh dijadikan jaminan dalam hidup kerana Allah satu2nya yang menjamin takdir setiap hambaNya. Jadi, orang kat luar sana, walaupun saya bekerja dari rumah, saya cukup bahagia dengan apa yang saya lakukan.


.:.

No comments:

Post a Comment