Saturday, March 11, 2017

"Saya Bukan Pelindung Yang Baik Untuk Isteri, Saya Kesal Sangat"


Saya dah berkahwin 6thn..n saya sgt sygkan isteri sy. Dialah permata hati sy. Kisahnye bermula slps bbrp bulan slps kami kahwin. Utk pengetahuan sume,sblm ni sy bekerja biasa jer. Sdgkan isteri graduan ijazah. Dia terima sy seadanya dgn harapan sy akan membimbingnya n melindunginya.

 Berblik pd cter slps kawin,isteri cuba cari kije yg lebih baik utk sy supaya sy senang di kemudian hari. Tp sy xtau jln utk pergi ke tempat interview tu,maklum la belum pernah jejak kaki ke kolumpo. Jd,sy minta tlg abg sy. Dia xboleh. Isteri cuba minta saudaranya. Pun tak boleh. Sama2 buntu. 

Sy ambil tiket naik bus,kononnya nk minta tlg kawan. Dlm masa yg sama,isteri cuba merayu dgn abg sy supaya tlg htr sy. Tetapi,isteri dikecam oleh abg sy. Makan hati dgn kata2 abg sy. Dlm keadaan tertekan,isteri sy keguguran. Baru la sy tau kenapa isteri bernekad utk mencari pekerjaan utk sy. Rupanya utk masa depan anak kami. 

Sy memohon ampun dr isteri. Dia senyum shj seolah2 redha ngn apa yg berlaku. Di situ,bermula kesalahan pertama sy,sy gagal melindungi dia dr tohmahan abg sy.

Akhirnye isteri tamat belajar,kami tinggal di rumah org tua sy. Sy nmpk perubahan isteri di mana dia tak mahu bergaul dgn ahli keluarga sy. Mak pula bising,isteri byk berkurung dlm bilik. Bercakap pun bila ditanya. Sy tau isteri makan hati dgn sikap mak sy yg membela abg sy slps kejadian hr tu. 

Pd hr bekerja,isteri akan keluar mkn sekali sjer. Jika hr sy cuti,dia akan makan bersama..itupun dia menolak. Sy sedih sgt melihat dia...bdn makin susut. Tertekan apb org2 bertanya,bila mahu timang anak. Keadaan makin teruk bila isteri turut simpan dendam pd abg sy. Tgk muka pun tak boleh. Setiap kali abg sy blik,isteri menyuruh sy htrnya ke rumah org tua. Kesalahan kedua sy,sy tinggal sebumbung dgn org tua.

Slps sethn kemudian,isteri mengemaskini borg kerja kerajaan,Alhamdulillah sy diterima bekerja. Berkat air tgn isteri sy,sy diterima bekerja. Kami berpisah lg. Dia sabar menunggu sy. Sejurus slps tu,isteri mengandung ms sy belajar.

 Sy nekad utk menjaga dia n kandungan. Sy nekad sewa rumah wpun kecil. Cukup dgn elaun yg dpt tiap2 bln. Kdg2 kakak isteri byk membantu kami. Menghulur duit setakat dia mampu. Akhirnya,isteri selamat melahirkan zuriat pertama sy. Mak sy ingin menjaga isteri sepjg tempoh berpantang. Isteri pd mulanya tak mahu sbb dia tkt menyusahkan mak sy.

Sepjg tempoh awal berpantang,ok lg. Masuk minggu kedua,isteri mula makan hati. Katanya mak sy bg nasi basi,bg ikan bertulang. Sy nekad bawa isteri n anak ke rumah sewa. Mak bising2,kata isteri sy manja. 

Saya tersepit antara ibu n isteri. Isteri akur n habis pantang di rumah org tua sy. Pernah sy tgk isteri cirit birit slps makan tgh hr. Sy tahu puncanya n sy diamkan diri. Kesalahan ketiga sy,abaikan isteri n diamkan diri.

Sepjg sy belajar,isteri byk membantu sy. Dia buat nota kecil utk sy. Dia yg buat assignment sy. Tak pernah pun dia merungut. Ada anak kecil pun dia sanggup luangkan utk buat nota. Akhirnya,sy tamat belajar n bekerja. 

Pd masa yg sama,isteri mengandung anak kedua. Dia takut sbb anak sulung bru berumur 5bulan. Bila mak sy dpt tau,bising satu rumah. Cakap baru dpt kerja,gaji baru brp sesen dah gatal dpt anak. Sblm ni,masa sy belajar mak tak pernah hulur pun duit. Isteri yg byk tlg sampai berjemur di tgh panas. 

Sy diamkan diri sbb tak mahu derhaka kpd ibu yg kandungkan sy. Satu hr,sy balik kg dgn anak isteri. Mak menghulur buku bank n menyuruh sy memasukkan wang dlm acc dia setiap bln. Sy nmpk riak muka isteri berubah. Bygkan gaji sy cukup2 utk makan minum kami anak beranak. Tak lama lagi,isteri nak bersalin,kena simpan sedikit utk perbelanjaan masa berpantang.

 Dlm masa yg sama,mak mendesak isteri bekerja,sbbnya isteri ada ijazah n dpt kurgkan beban sy. Sy kasihankan isteri yg tgh mengandung utk bekerja. Sy tak mahu isteri bekerja. Mmg la perbelanjaan kami akan meningkat. Isteri tak kisah,dia kata rezeki ada di mana-mana. Sepjg dia hamil,dia buat kuih. Dlm keadaan perut yg memboyot,dia usaha buat kuih.

Pgnya menjaga anak sulung,mlmnya buat kuih. Tak pernah dengar isteri sy merungut. Ya Allah,beruntungnya sy. Tp tiap2 bulan,mak telefon bertanya sama ada dah masuk ke belum. Tak pernah tanya keadaan kami sekeluarga.

Bila tiba hari raya,isteri yg jd mangsa utk buat juadah pg raya. Kdg2 jadi mangsa tohmahan ahli keluarga. Isteri sy tak pernah bersuara n hanya senyum. Sy tahu senyumannya diukir dgn paksa rela. Isteri sy selalu ckp,abg ptt beruntung dpt sy sbb sy dpt masak n pamerkan masakan yg sdp2 di pg raya. Tabahnya awak.

 Boleh dikatakan setiap tahun isteri yg bersekang mata masak. Bygkan dr malam sampai pg raya,masih setia di dapur. Yg lain sdp dibuai mimpi. Kakak ipar tak disuruh pula,kononnya dia penat bekerja. Kesilapan sy,sy biarkan isteri dibuli oleh ahli2 keluarga. Dayusnya sy masa tu. Yg buat sy geram setiap balik kg,adik beradik suka kata yg sy tak pernah belanja mak ayah makan walhal selalu sy buat. Terkilan jugak.

Pakaiannya serba sederhana n mukanya tak pernah bermekap selalu jd bahan kritikan ahli keluarga. Sy selalu menghulur duit supaya dia beli brg mekap tp dia beli brg2 utk anak2 n sy. Sy tak nak dia dihina. Dia selalu tanya,sy tak suka dia dlm keadaan sebegitu ke?? Ya Allah,jujur sy cakap dia nmpk cantik tanpa mekap. Butanya hati mereka yg selalu kutuk isteriku.

Dlm bab anak lak,mak sy suka membanding anak2 sy dgn anak2 abg sy n adik perempuan sy. Anak2 lambat bercakap,kulit gelap n susah bergaul. Anak2 sy pernah mendpt kasih syg drp atuk n nenek mereka malah dr pak cik mak cik mereka. Seolah2 dipinggirkan. Kdg2 bila balik kg,anak2 sy lebih suka balik kampung sebelah isteri di mana tiada diksriminasi.

Kini,kami dikurniakan 3org anak. Dia menjadi suri rumah sepenuhnya. Dia menjaga makan minum sy,zuriat sy. Alhamdulillah,kami bahagia. Bergaduh sedikit2 tu ada la. Bila angin tak baik meletus tu,kita sbg suami kena byk bersabar n cuba berdiam diri. Bg dia lepas semua yg terpendam. Sy faham dia kepenatan. 

Isteri pun tau erti penat n mereka bkn robot. Mak sy selalu kata sy terlalu manjakan isteri. Apa salahnya manjakan insan yg byk berkorban utk kita. Lgpun sy suka tgk muka isteri yg tgh meletus. Yg sy kesal sekrg,bila kami bersama di rumah sendiri,kami bahagia tp bila di rumah org tua,kami tersepit. Isteri sgt menghormati org tua n sy pernah dimarahnya kerana meninggikan suara dgn mak sy. 

Dlm rumahtangga,kesefahaman tu penting. Tapi saya tak suka isteri ditindas. Sy bkn pelindung yg baik utk isteri. Sy kesal sgt. Nilai pengorbanannya lg besar. Sikap diam dirinya telah memakan hubungan kami. Saya tak minta dia menjadi kurang ajar. Sy cuma mahu dia kuat utk bersuara kehendaknya kerana sy takut apb sy tiada,isteri terus ditindas.

Jgnlah kita membanding2 pasangan kita. Sesungguhnya dia dah cukup lengkap utk kita. Buat isteri,sy mohon ampun sbb tak melindunginya dr tohmahan ibu n ahli keluarga sy. Awaklah bidadari abg.


.:.

No comments:

Post a Comment