Tuesday, March 7, 2017

Remaja Perempuan Cuba Bunuh Diri Dengan Terjun Jambatan


Seorang remaja perempuan berjaya diselamatkan oleh anggota bomba yang cuba untuk membunuh diri dengan terjun dari Jambatan Kuala Kurau.

Remaja perempuan yang berusia 18 tahun itu cuba terjun namun tindakannya disedari oleh anggota JPJ yang kebetulan melalui kawasan itu.

Anggota JPJ tersebut cuba untuk memujuk remaja berkenaan namun tidak berjaya sebelum menghubungi bomba. Anggota bomba dilaporkan mengambil masa kira-kira 10 minit untuk memujuk remaja berkenaan.

"Remaja perempuan tersebut kemudian diserahkan kepada ibu bapanya selepas itu" kata jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Parit Buntar.


.:.

No comments:

Post a Comment