Wednesday, March 22, 2017

"Perkahwinan Ibu Dan Ayah Selama 27 Tahun Akhirnya Runtuh Juga Kerana Ibu Curan Dengan Kenalan Wechat"


Saya ingin becerita perihal keluarga saya. Ibu dan ayah telah becerai lebih kurang 3 tahun. Kesemua adik beradik kmk tinggal dengan ayah. Ayahlah yang menjadi ibu dan ayah pada setiap masa. 

Ibu dan ayah becerai kerana ibu telah curang ya ibu curang dengan mata saya sendiri dia bersayang sayang dengan lelaki kenalan wechatnya. Ibu telah keluar dari rumah dan pergi ke rumah abangnya di kl. Tapi itu hanyalah tipu semata mata, ibu pergi ke kl hanya kerana mahu berjumpa dengan kenalan wechat nya itu sebelum becerai dengan ayah.

Ayah sudah cuba sedaya upaya untuk pertahankan rumah tangganya yang hampir mencecah 27 tahun. Pada tahun 2014 ibu kembali lagi dan meminta cerai dengan ayah dan mereka pun becerai. 

Semasa dalam tempoh iddah saya pernah membaca chat ibu dengan teman lelakinya yang berunsur lucah seperti men*ilat, ber*ium dan sebagainya, ibu juga pernah menghantar gambarnya yang begitu seksi kepada teman lelakinya dalam tempoh iddah itu. 

Selepas tamat tempoh iddah ibu kembali ke kl. Ibu sudah pandai berfb dan sebagainya, tapi ibu telah salah gunakan fb mengepost gambarnya menggores tangan kerana ibu telah di tipu oleh teman lelakinya yang di agungkan selama ini. 

Tapi ceritanya tidak habis di sini, ibu pernah call ayah dan meminta duit dan sebagainya walaupun mereka telah becerai dan iddah ibu telah tamat. Tetapi apabila ayah tidak menuruti kemahuannya ibu akan menyumpah ayah termasuk anak anaknya sekali di dalam mesej. 

Saya dan kakak yang baca semuanya. Dan pada tahun ini ibu kembali lagi dengan tidak tahu malunya menumpang di rumah ayah dan membuat harta ayah seperti hartanya, ibu gemar meminta ayah membeli macam macam. 

Saya pernah bertanya dengan ibu bila dia mahu kembali ke rumah keluarganya dan tidak manis kalau ibu masih terus tinggal di sini tetapi ibu hanya buat tidak tahu. Dan berlaku satu peristiwa di mana ibu telah melaga lagakan kami adik beradik sampai bergaduh dan si abang menumbuk muka ayah.

Sehingga muka ayah kembang. Dan pada waktu yang sama ayah tidak mahu memanjangkan kes ini ayah telah membawa kakak, saya dan adik berpindah. Kami pun mengikut ayah dan berpindah dengan membawa segala brg dalam rumah dan ibu siap berpost dalam fb dengan perkataan yang menyakitkan seolah olah rumah itu hasil titik peluhnya. 

Dan sekarang, 1 barang pun tidak ada yang tinggal di rumah itu. Ibu masih tinggal di rumah lama dan masih menyakitkan hati mengepost perihal anak derhaka dan bermacam macam hanya kerana kami mengikut ayah. Saya buntu memikirkannya. Masalah abang menumbuk ayah bukan setakat menumbuk tapi biarlah saya dengan Allah sahaja yang tahu. 


.:.

No comments:

Post a Comment