Thursday, March 2, 2017

Pengguna Meroyan Harga Ikan Kembong Cecah RM20 Sekilogram


Sejak awal Januari 2017, kenaikan harga ikan Kembung atau juga dikenali sebagai ikan Termenung menjadi antara topik bualan hangat di media sosial hingga ke hari ini.

Jika sebelum ini ikan Kembung menjadi antara ikan pilihan ramai kerana harganya yang murah, kini orang ramai terpaksa menyimpan hasrat untuk menikmati ikan tersebut kerana harganya sudah melambung tinggi sehingga mencecah RM20 sekilogram.

Rata-rata pengguna meroyan dan merungut dengan kenaikan harga ikan Kembung yang naik mendadak sehingga dua kali ganda. Kebiasaannya ikan Kembung hanya dijual pada harga RM6 atau RM8 sekilo.


Menurut sesetengah peniaga, harga ikan mula melambung tinggi ekoran faktor cuaca. Harga ikan Kembung dijangka terus meningkat sehingga RM25 sekilogram berikutan monsun timur laut yang sedang melanda sekaligus mengakibatkan nelayan sukar turun menangkap ikan. 

Bagaimanapun, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah memaklumkan harga ikan kembung yang melambung tinggi sebelum ini akan turun bermula April ini..




.:.

No comments:

Post a Comment