Monday, March 27, 2017

Netizen Berang Dan Buat Lawak Tikus Berharga RM6.99 Jadi Viral


Haiwan perosak seperti tikus atau lipas tidak sepatutnya ada berdekatan dengan makanan. Jadi tidak hairanlah mengapa ramai netizen berang dengan kejadian ini yang berlaku di salah sebuah pasaraya terkemuka negara. 

Dalam satu video yang berjaya dirakam, seekor tikus dilihat sedang terbaring di atas rak minuman di pasaraya tersebut. Malah tikus tersebut lebih besar dari kotak minuman itu. 

Orang ramai agak marah dan mempertikai tahap kebersihan premis terkemuka berkenaan. 

"Pasaraya berkenaan sangat dekat dengan rumah saya tapi oleh kerana kejadian ini saya mungkin akan pergi ke tempat lain"

"Keadaan disana berbau sangat busuk. Saya dah lama tak pergi ke pasaraya ini. Anda semua juga jangan pergi ke pasaraya ini"

Namun, ada juga yang merasakan perkara ini sesuatu yang melucukan. Segelintir netizen bergurau untuk membeli tikus berkenaan. 

"Wah, RM6.99 untuk seekor tikus. Harga yang sangat berpatutan"

"Mahalnya RM6.99! Saya boleh jual seekor tikus dengan harga RM2 saja seekor!" komen seorang netizen. 

Setakat ini, tiada penjelasan lanjut dari pasaraya berkenaan. Sebagai pasaraya yang terkenal di seluruh Malaysia kebersihan premis tersebut hendaklah sentiasa dijaga dan dipantau bagi mengelak perkara sebegini berlaku. Malah ianya turut mengundang pelbagai risiko kesihatan terutamanya kencing tikus.



.:.

No comments:

Post a Comment