Sunday, March 12, 2017

Mat Dan Selamat Bertunang Dengan Gadis Misteri Dari Terengganu


Mat Dan, lelaki mat saleh berasal dari Bristol, England yang fasih loghat Terengganu hari ini selamat bertunang dengan seorang gadis melayu di Bukit Chendering. Ibu bapa Mat Dan Kevin dan Nicol Tyler turut hadir di majlis tersebut. 

Gambar yang viral di media sosial memaparkan ibu Mat Dan menyarungkan cincin ke jari seorang gadis berbaju biru dan bertudung ungu lembut. 

Majlis pertunangan dilangsungkan jam 10 pagi tadi dan diadakan secara sederhana mengikut amalan tradisi Melayu bagi menghormati permintaan pasangan tersebut. 

Menurut laporan BH Online, identiti gadis tersebut terpaksa dirahsiakan kerana mahu menjaga privasi gadis tersebut.

Sumber juga enggan mendedahkan tarikh pernikahan pasangan terbabit. Januari lalu Mat Dan dilaporkan menghadiri kursus praperkahwinan di Kuala Terengganu. 












.:.

No comments:

Post a Comment