Friday, March 24, 2017

"Mak Ayah Mertua Hanya Tengok Saja Saya Dipijak Dan Dipukul"


Rata-rata netizen sudah pasti masi ingat kes jutawan jamu yang pernah viral satu ketika dulu. Suami jutawan tersebut didakwa memukul anak kecil mereka ketika bercuti di Korea Selatan tahun lalu. 

Baru-baru ini, pengasas Jamu Susuk Dara(JSD) memuat naik status yang menceritakan bagaimana beliau didera oleh suaminya itu. 


Kenapa saya jadi orang baik sangat???

Sebab saya pernah koma 4 hari. masuk darah 3 kampit baru saya sedar balik. saya tidur dengan mimpi indah. 

bila saya terjaga, saya tak boleh cabut oksigen. badan saya rasa sangat panas dan gatal - gatal. saya rasa sesak nafas. sehingga ekon, kipas tertumpu di badan saya. badan saya kena di lap kain basah, di bedakkan. dan di serkup oksigen baru saya tenang dan tidur.

saya tidur bangun dalam icu hampir 2 minggu. Apa punca saya koma sampai hari ini tak tahu. selepas saya bangkit pulih ke wad biasa. saya mempunyai simptom yang sama. sesak nafas dan rasa panas berbahang macam dalam oven.

Tengahari check out dari hospital. Maghrib saya check in balik. Peha saya membesar macam nak meletup. kulit peha tak boleh bergeser dengan kain batik apatah lagi seluar.

Sampai hospital tiada suntikan. lama tunggu diruangan emengency. peha berkilat macam nak meletup.

Malam tu rasa panas macam duduk dalam oven. doktor datang bagi hot pack letak atas peha dan kaki di gantung tinggi. 2 minggu tak bangun dari katil kencing baring, nak berak di dukung. doktor tak dapat kenal pasti saya sakit apa. saya kerap kencing, kencing saya bercacing. 

Bila peha sudah lembut dan mengecil, saya di benarkan pulang. tapi saya tak boleh berjalan. tempat saya di kerusi roda dan hanya di tilam.

Bila duduk atau baring. saya akan tiba2 rasa damai dan sejuk. saya tak sedar saya tertidur. tapi orang tak kata saya tidur. orang kata saya nak meninggal kerana kerongkong saya berbunyi. 

Puas lah laki ke dua saya tampar2 pipi saya kejut saya bangun. saya nampak. saya sedar.. tapi saya lebih suka rasa sejuk dan damai ketika itu. orang kanan kiri saya sudah ajar saya mengucap. tapi saya layan je rasa sejuk dan tenang tu.

Dan paling tak sangka; sepanjang saya sakit. ibu yg lahirkan saya tidak di maklomkan. Sehingga satu hari, suami kedua saya marah mengamok pada saya dengan mengatakan saya curang. sedangkan saya lumpuh tidak bergerak dari tilam. di mana dia tinggalkan saya. di situ terbaringnya saya. (masa tu saya tak tahu dia penagih syahbu kawin pon baru masuk 7bulan masa tu )

Dia pukul saya tanpa saya boleh lari. dia pijak perut saya tanpa saya boleh mengelak. saya menangis, saya merayu.. mak mertua saya, ayah mertua saya hanya tengok sahaja. tiada siapa mahu tolong saya. sesungguhnya hanya Allah satu2nya tempat saya bergantung. Dalam hati saya tekad. saya mesti bangun. saya mesti hidup. saya mesti hidup untuk anak - anak saya.

Saya tengok satu - satu anak mata dalam rumah tu, tiada belas kasihan sedikit pon kepada saya. saya tekad. saya kena bangun untuk anak2 saya. saya kena selesaikan masa depan anak2 saya sebelom syarikat saya di rampas, duit disedut sampai habis anak saya di lempar tepi jalan.

Saya mengensot, saya tarik apa yg ada depan saya berpaut pada dinding belajar berdiri sendiri. Kuat dan azam hati saya tak sampai 5 hari saya boleh berdiri. saya berdiri untuk selamatkan masa depan si anak2 saya yg masihkecil.

Semenjak dari itu, saya tekad berbuat baik dengan sekalian manusia. kerana bagi saya, jika saya mati kena bunuh sekalipon, baik cara halus mahupon cara terang - terangan. saya tak minta apa2.

Kasihan lah anak2 saya. jika saya jahat seribu juta sekalipon. tolong lah kenang sedikit kebaikan yg ada pada saya untuk orang2 berikan sedikit ehsan untuk anak2 saya.

Mungkin saya yang jahat. memang patut saya dihukum dengan kesakitan dan kesengsaraan. Tapi.. dalam hidup saya, saya tak minta hidup sebegini. saya hanya berikhtiar mencari rezeki untuk besarkan anak2.

Sesungguhnya..manusia yang bertindak zalim pada saya dan anak2. saya tak akan pernah sedikit pon membuka ruang kemaafan mahupon keampunan. walaupon saya mampu tersenyum. saya boleh bergurau. hati saya tak akan pernah redho.

Dan selagi saya hidup dan sehat, saya akan berusaha memberi manfaat kepada insan lain. insyaallah


.:.

No comments:

Post a Comment