Sunday, March 5, 2017

Lelaki Maut Kaki Tersangkut Dalam Kereta Terbakar


Seorang lelaki maut dengan separuh bahagian badannya rentung akibat kakinya tersangkut dan terperangkap dalam keretanya yang terbakar selepas terbabit dalam kemalangan di Lebuh Raya Tun Dr.Lim Choong Eu, Pulau Pinang kira-kira pukul 8 pagi tadi. 

Menurut laporan akhbar Guang Ming Daily, mangsa dikenali sebagai Oh Chun Guan , 25 tahun dari Lorong Amoi, Georgetown memandu kereta jenis Proton Saga seorang diri dari arah Bayan Lepas menuju ke arah pusat bandar.

Siasatan awal mendapati, pemandu dipercayai hilang kawalan dan merempuh ke atas penghadang jalan, kemudian terus melanggar ke atas sebatang pokok, hasilnya kereta mangsa mengalami kebakaran. 

Lapan hari sebelum ini, kejadian kereta terbakar juga pernah berlaku di Pulau Pinang. Pada tarikh 25 Februari, bertemapat di laluan dari Batu Kawan di Seberang Perai menghala ke Jambatan Kedua Pulau Pinang, terdapat sebuah kereta teksi yang berhenti di tepi jalan raya dikatakan tiba-tiba terbakar, akibatnya menyebabkan dua orang lelaki berbangsa India maut dibakar dalam kereta.


.:.

No comments:

Post a Comment