Thursday, March 23, 2017

"Kerana Duit Tanah Adik Beradik Ayah Bertikam Lidah Dan Putus Saudara"


Ini cerita tntg keluarga ayah aku. Ayah aku anak sulung & ada 3 adik perempuan. Makcik aku yg bongsu dah kembali ke rahmatullah seawal usinya 15 tahun. Dulu, datuk nenek aku orang susah, kerja sendiri. Sekarang pun umur diorang 60-70 tahun masih bekerja. 

Disebabkan atuk & nenek aku dibesarkan dgn kemiskinan & kesusahan, so they worked so hard until now. Aku pernah follow diorang jual ikan setiap pagi, seriously memenatkan. Memang aku tabik dgn kekuatan datuk nenek aku.

Konflik dlm family ayah aku bermula bila datuk & nenek aku didesak oleh anak perempuannya yg kedua (makcik aku) utk pinjamkan duit padanya. Bukan angka yg sikit, tapi cecah puluhan ribu jugaklah.

Datuk & nenek aku tak buat kata putus pun. Mereka hanya jual tanah yg ada di kg & duit hasil jualan tanah tu mereka simpan di bank.

Lepas beberapa bulan penat didesak, datuk & nenek aku serahkan duit tanah tu pada ayah aku, untuk DIJAGA. Aku ulang balik, DIJAGA. Means wang tu adalah amanah yg akan kami simpan dengan nilai yg tetap.

Pada awalnya, ayah aku keras menolak. Yelah, bila kita ckp tentang wang, hubungan adik beradik pun boleh jadi huru-hara kan? Lama ayah aku jaga duit tu. Kami tak sentuh langsung.

Ayah aku terima wang tu pun sebab bimbang adiknya terus desak opah & atuk aku sebab nak pinjam duit. Dan lebih bahaya kalau makcik aku bertindak sembarangan demi nak dapatkan wang tanah tu. (Berdasarkan beberapa peristiwa bertikam lidah & berdingin apabila berkumpul di kampung)

Bila ditanya, makcik aku yg kedua tu kata nak bayar duit rumah yg dh lama tertunggak. Datuk & nenek aku jadi serba salah. Mereka bukan kedekut, apatah lagi berkira dgn anak sendiri, tapi duit tu adalah penat lelah mereka bekerja sbg penjual ikan bertahun-tahun. Duit tu jugak boleh mereka gunakan untuk tunaikan Haji.

Makcik aku yg kedua ni bekerja tau, sebagai guru lagi. Pendapatannya biasa-biasa je, tapi gaya hidupnya nak mewah aje. Makeup mahal, kereta, kalau lepak tak mainlah dkt mamak, perbelanjaan hariannya mewah.

Anaknya tak ramai, 2orang je. Takkanlah kerjaya sebagai guru tak ada simpanan langsung? Kenapa masih perlu mengharapkan wang mak ayah? Makcik aku yg ketiga ni pulak, dah berbulan-bulan sepikan diri. Dia seolah-olah mcm jauhkan diri drpd kami sekeluarga. Sampaikan bila berkumpul dkt kampung, aku & dia jadi awkward sangat antara satu sama lain.

Bila dh lama teramat sangat tak jumpa makcik sendiri, kami jadi segan & tak tahu apa yg patut dibualkan dgn dia. One day, lepas dah lama sepikan diri. Tiba-tiba boleh pulak dia whatsapp ayah aku. Ayah aku happy, layan mcm nothing weird happened between them.

Lepas tanya khabar, borak apa semuaa, haa barulah dpt tahu niat sebenar dia tegur ayah (setelah lama dia ghaib tanpa khabar). Nak pinjam duit. Aku rasa sedih dgn nasib ayah aku. Ayah mcm dipergunakan oleh adik beradik sendiri. Lepas berbulan2 sepikan diri, bila nak mintak tolong haaa baru pandai nak cari abang.

Bila ditanya, dia nak pinjam duit around RM30K. Keretanya rosak. Kami mcm terdiam. Kereta dia baru beli 2tahun yg lalu kot! Mcm mana boleh rosak sampaikan telan RM30K?

Normal ye kereta yg baru diguna 2tahun boleh rosak teruk? (Tak, ni bukan melibatkan kemalangan, tapi melibatkan engine dalam kereta.) Ayah aku bukan tak nak beri duit tanah tu. Cuma tu amanah drpd datuk nenek. Penat lelah mereka bekerja takkan setimpal dibayar dengan wang.

Di usia sekarang, datuk & nenek aku sepatutnya dah berehat di rumah & nikmati hasil titik peluh mereka, bukannya terpaksa hadap ragam anak2 yg kejarkan wang mereka!

Akhirnya, ayah aku mengalah jugak dgn desakan adik-adik dia. Wang hasil jual tanah tu akhirnya diberi kepada adik-adik dia. Datuk & nenek pun nampak mcm penat dgn semua ni & tak nak ambil tahu lagi tentang duit hasil jual tanah tu.

Kami sekeluarga memang tak kisah tentang wang tanah tu. Bahkan kami sikit pun tak sentuh wang tu, apatah lagi nak buat joli sakan. Tapi makcik-makcik aku salah faham seolah-olah kami ni dah hidup senang sbb dapat duit daripada datuk aku. (Ayah baru renovate rumah, yg 100% guna duit simpanan ayah & ibu aku.)

Aku sedih. Aku rindu family aku yg dulu. Aku rindu family aku yg bila berkumpul balik kampung, habis riuh satu rumah bergelak gembira. Aku rindu nak berbual sambil memasak dgn makcik aku dkt dapur.

Aku rindu nak bergurau senda dgn sepupu-sepupu aku. Aku rindu nak dgr pengumuman raya depan tv dengan sepupu-sepupu aku tiap tahun. Aku rindu kenangan nak berebut tandas dgn sepupu aku setiap kali berkumpul dkt kampung.

Tapi aku sedar, semuanya dah berubah bila manusia lebih pentingkan wang drpd persaudaraan. Tapi aku lebih sedih dgn nasib ayah aku. Dari dulu, dia tak pernah berkira dgn adik-adik dia. Setiap kali gaji, dia akan belanja makan & belikan pakaian baru utk adik2 dia.

Ayah aku pernah kata, “Tak pernah ada istilah ‘berkira’ dgn adik beradik dlm kamus hidup seorang abang sulung.” Aku pernah terbaca whatsapp group ayah aku & adik2 dia. Ayah aku bagi salam, seorang pun tak menyahut. Bluetick. And last perbualan mereka adalah 3bulan yg lalu.

Terlampau sibuk sgt ke makcik-makcik aku? Ayah aku try hard nak perbaiki hubungan dia & adik beradik. Tapi apalah gunanya kalau yg berusaha hanya ayah aku seorang? Aku nak tanya. Bukan ke bila kita dah bekerjaya, ini masanya kita balas jasa ibu ayah kita? Bukan ke bila kita dah ada pendapatan sendiri, kita digalakkan utk kirim duit dkt parents (supaya lebih berkat?)

Tapi dlm kes makcik aku ni, kenapa dia pulak masih berterusan bergantung wang daripada datuk nenek? Adakah normal bagi semua orang, bila seseorang tu tengah susah, baru teringat nak cari saudara kandung?

Dah seminggu aku tengok ayah aku bermuram. Aku tak mampu buat apa-apa, sebab ini antara ayah & adik2 perempuan dia. Aku cuba bagi sokongan utk ayah terus sabar & kuat, tapi entahlah. Ayah masih bermuram. Mungkin masih terluka dgn sikap adik-adik perempuannya. Korang tolong doakan kebahagiaan keluarga aku. Moga Allah beri kebahagiaan juga kpd kalian.


.:.

No comments:

Post a Comment