Tuesday, March 7, 2017

"Kematian Nenek Merupakan Satu Tarbiyah Buat Saya"


Hari jumaat lepas saya wakilkan mak ke rumah cikzah, jiran kami, kerana mak cikzah meninggal. bila sampai rumah, saya jumpa cikzah, salam dan peluk cikzah, entah mengapa saya sungguh sebak. cikzah mengusap belakang saya dgn lembut. terasa kasih sayang cikzah. 

Kemudian saya berjumpa dgn jannah :’) jannah anak kepada cikzah, sebaya saya. masa memeluk jannah pun saya sebak, entah mengapa. yang saya tahu, saya sayangkan cikzah dan keluarga cikzah. saya duduk sekejap di ruang tamu, perbaringan jenazah. di hati saya terdetik, ‘Allahu..meninggal pada hari Jumaat..ya Allah..’ speechless… ‘nenek..nenek orang terpilih meninggal pada hari Jumaat..’ :’)

Setelah itu cikzah datang ke jenazah. melihat cikzah sendiri yang menutup muka jenazah ibunya dgn kapas, membalutinya dgn kapan, bersungguh memperkemaskan balutan demi balutan.. Allahu.. 

Pertama kali saya melihat seorang anak menguruskan jenazah ibunya, walau saya cuma melihat semasa mengafankan buat kali terakhir, untuk buat solat jenazah dan pengebumian. Tapi saya dapat merasakan betapa tabah dan kuatnya cikzah. Saya betul betul tak dapat bayangkan perasaan cikzah ketika itu. kalau la saya, entah. Allah..

Saya pernah dengar cerita dari mak, semasa mak kepada mak (nenek saya) meninggal pun, mak yang bagi mandi, kafan.. malah bila adik perempuan mak meninggal pun, mak juga yang turut menguruskan jenazah.

Jadi bila melihat sendiri seorang anak menguruskan jenazah ibunya, memang pada saya anak itu sangat kuat dan tabah. saya betul betul tak dapat nak letakkan diri saya di tempat anak tersebut. dan saya sedar, ibu itu, akan sangat berbangga dengan anaknya, kerana yang menguruskan jenazahnya sendiri tidak lain dari anaknya. Allahu.. pertama kali saya melihat situasi itu, sungguh terkesan di hati. 

Seperti mana saya terkenang kembali, abang yang juga menguruskan jenazah arwah bapa, saat kami semua blur, ikut je orang. Fan selama ini cuma mendengar cerita dari mak, sekarang baru saya sedar dan faham apa yang mak cuba ceritakan, mak saya juga sangat tabah serta kuat. 

I’m so proud of my mom, and cikzah. baik kata sama ada si anak menguruskan jenazah ibu bapa, mahupun si ibu atau bapa menguruskan jenazah anak, atau suami isteri, dan yang lain lain yang berkaitan, all of them deserve my respect. kuat dan tabah serta melaksanakan amanah dan tanggungjawab buat kali terakhir. 

Ya Allah, meredhai mereka semua, dan kita semua hendaknya, aamiin.. semoga kita mampu juga seperti itu. bilamana kalau kita la yang ditakdirkan menguruskan jenazah ibu bapa kita (dan kalau boleh biarla kita kan), biar la saat itu penuh redha, kita sungguh sungguh tunaikan tanggungjawab terakhir kat dunia ni, biar la hati kita sangat mengharapkan redha Allah, redha Rasul dan redha ibu bapa kita. 

Allahu.. betapa hati itu penuh mengharap ya Allah terima ibadat ni, nak laksanakan tanggungjawab terakhir ini.. lepas tu takde da nak jaga ibu bapa ke nak apa ke, hanya mampu doakan serta jadi soleh solehah, saham akhirat buat ibu bapa. masa tu la last kan? biar la masa tu juga kita mampu nak urus jenazah mak ayah kita sebaik baiknya. 

Sungguh ibu bapa mana yang takkan bangga dengan zuriat yang mampu menguruskan jenazahnya sendiri. Allah.. benar benar terkesan pada saya sungguh perkara ini. ibrah buat diri saya sendiri. benarlah, di sebalik pemergian seorang hamba kepada Penciptanya, ada keinsafan, ada tarbiyah. Kita je kadang walau berkali kali ziarah orang meninggal, tak sedar sedar.

Dan, buat nenek yang telah pergi dipanggil pulang kepada Allah.. ‘nenek, saya tidak pernah kenali nenek. tapi, Allah takdirkan di penghujung perjalanan nenek di dunia ini, saya berpeluang bertemu nenek. Menatap wajah nenek. 

Mengambil ibrah dari kematian nenek. Allah takdirkan tarbiyah buat diri saya melalui kematian nenek, iaitu bakti seorang anak terhadap ibu bapa. terima kasih, nenek. saya hanya mampu titipkan al fatihah buat nenek di sana. 

Saya sayangkan keluarga nenek, lagi lagi cikzah. i admire her a lot. nenek berjaya didik anak perempuan nenek dgn begitu bagus sekali, sungguh saya sayangkan keluarga anak nenek, cikzah dan jannah terutamanya. 

Terima kasih sekali lagi, nenek. Takkan saya lupa kematian nenek yang menjadi tarbiyah buat diri saya. Betul la, satu peringatan tu, salah satu tempat nak didik hati ialah ziarah orang meninggal. Saya orang terpilih untuk mendapat tarbiyah ini. bakti anak buat ibu bapanya. alhamdulillah. terima kasih, nenek. terima kasih, ya Allah..’

Alhamdulillah. sekarang da tahu da next target apa. kursus pengurusan jenazah. Walau waktu sekolah ada pendedahan kursus, tapi nak pergi belajar sekali lagi. Fan insyaAllah kali ini, biarlah betul betul. tu target saya. saya terfikir, (bukan saya minta) tapi kalau ditakdirkan ibu atau kakak saya meninggal, saya nak menguruskan jenazah itu sendiri sebaik baiknya. 

إن شاء الله

May Allah ease. dan buat yang lain, jom? jom sama sama belajar? biarlah kita sendiri yang uruskan jenazah keluarga kita. jangan serah pada orang lain begitu sahaja. bukan bermaksud kita buat sorang sorang. tak. buat sama sama. cuma biarlah kita ada di sana, tahu nak buat apa. rasa tanggungjawab tu ada. 

Begitu. jom? tak pernah terlambat. kalau lambat pun, better late than never. kalau bukan untuk ibu bapa, keluarga kita pun, untuk orang Islam lainnya. Siapa tahu takdir tentukan macam mana? kita sendiri pun taktahu siapa yang akan mandikan jenazah, kafankan jenazah kita kelak, kan? kalau da pergi kursus pun, pergi la berkali kali pun takpe. perkemaskan ilmu itu. ilmu yang bermanfaat. 

Semoga redha Allah, redha Rasul dan redha ibu bapa mengiringi hidup kita.


.:.

No comments:

Post a Comment