Saturday, March 4, 2017

Kaya Mahal Rezeki, Mizkin Murah Rezeki


Saya nak cerita saya tiga beradik dan sudah tiada ibu ayah.. atas saya dua orang abang, dua2 dah kahwin. tinggal saya belum kahwin lagi, masih belajar. abang saya yang sulung kerja biasa2 sahaja dan isterinya suri rumah tangga dan ada dua orang anak. 

Manakala abang saya yang kedua kerja guru di sekolah menengah, isterinya guru di sekolah rendah. dua2 bekerja dan juga mempunyai dua orang anak. senang kata sorang kaya, sorang tak kaya.

Banyak yang saya dapat belajar daripada dua orang abg saya ni. yang saya nk cerita mengenai rezeki.

Abang saya yang pertama ni, walaupun dia kerja xseberapa, gaji pun tak besar tambah lagi isterinya juga tidak bekerja tapi dia seorang yang pemurah. Bab duit dia memang tak berkira. xkedekut la orang cakap. Dia selalu bagi saya duit, setiap kali sy nak masuk kolej mesti dia bagi duit. dan bukan dengan saya je, dengan siapa2 pun dia memang tidak berkira.

Dan kerana itu saya tengok rezeki dia memang tak pernah putus, malah mencurah-curah, melihatkan sekarang ni nak survive sekurangnya2 isteri kena bekerja lagi2 hidup di bandar. tapi dia tidak, memang tidak ada masalah kewangan. sentiasa cukup.

Berbeza dengan abang saya yang kedua, kerja gaji besar, isteri juga bekerja tapi selalu ada masalah kewangan. Dan saya tengok dia hidup lebih susah daripada abang pertama. abang sy yang kedua ni memang sangat2 berkira orangnya, dan terlalu sangat berjimat cermat sehingga ada sifat kedekut. dia juga tidak pernah bagi duit seperti abang saya yang pertama, dan kalau bagi pun dia suruh gantikan balik.

Walaupun begitu saya sama sekali tak ada rasa benci, tak suka ke apa dekat abang kedua, bagi saya dua2 ada kelebihan sendiri. dan dua2 abang kandung saya yang saya sayang.

Dengan cerita ni pembaca boleh buat kesimpulan sendiri. itu sahaja, sekadar perkongsian dari saya.


.:.

No comments:

Post a Comment