Thursday, March 16, 2017

JKM, Polis Sahkan Remaja Pandu Kereta Lawan Arus Merupakan Seorang OKU

JKM, Polis Sahkan Remaja Pandu Kereta Lawan Arus Merupakan Seorang OKU

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pihak  polis tampil membuat kenyataan baru tentang ramaja 19 tahun yang menajdi perhatian ramai.

Pihak tersebut telah mengesahkan pemandu remaja yang memandu secara berbahaya melawan arah trafik di Lebuhraya Utara-Selatan kelmarin sehingga menyebabkan seorang lelaki maut adalah orang kelainan upaya (OKU).

Seorang pegawai dari JKM Pulau Pinang mengesahkan kad OKU itu adalah asli dan dikeluarkan kepada remaja itu pada 2011.


Ini komen seorang pegawai:

“Doktor mencadangkan dia menyertai program pendidikan khas ketika dia memasuki tingkatan 1,”

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Ab Hamid yang dipetik China Press turut mengesahkan pemandu berusia 19 tahun itu mempunyai kad OKU.

Menurut laporan akhbar itu, seorang mangsa cedera turut mendakwa ibu suspek ada memaklumkan anaknya mempunyai kad OKU ketika membuat laporan polis pada hari kejadian.

Tetapi di saat kemalangan berlaku, setelah disiasat kereta yang dipandu remaja itu tidak mempunyai pelekat OKU.

Kad OKU terbabit dikeluarkan JKM pada 9 September 2011 dan jelas kelihatan tertera masalah pembelajaran dalam ruangan kategori ketidakupayaan.

Ujian air kencing mendapati suspek positif metha. Bagaimanapun, polis semalam berkata “ia bukan metha, sebaliknya hanya amfetamina”.

Amfetamina sebenarnya adalah ubat yang lazim digunakan untuk pesakit yang mempunyai gangguan defisit perhatian (ADD).

Semalam, Mahkamah Majistret membenarkan polis mereman remaja itu selama 4 hari sehingga Sabtu ini bagi menyiasatnya memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: FMT



Sumber :Berita Memey

No comments:

Post a Comment