Sunday, March 12, 2017

Dr Zakir Naik Nafi Beliau Adalah Pembawa Agenda Pengganas


Penceramah terkenal dunia Dr Zakir Naik mencabar mereka yang menuduh beliau adalah pengganas supaya berbuat demikian di khalayak ramai. 

“Saya minta mereka yang tuduh saya terrorist menyebut demikian di hadapan khalayak" kata beliau. 

Tambahnya lagi beliau hairan mengapa ada yang menuduhnya sebagai pembawa agenda pengganas sedangkan beliau tidak pernah berbuat demikian. 

“Saya tidak pernah lakukan pemberontakan atau keganasan terhadap manusia sepanjang hidup. Saya hanya sampaikan mesej kedamaian kepada seluruh manusia". 

“Ada beberapa pihak yang tidak mahukan kedamaian wujud di dunia ini. Jadi, untuk merealisasikan perkara tersebut, pihak terbabit membuat tuduhan tidak berasas terhadap saya".

Dr Zakir sebaliknya berpendapat mereka yang menimbulkan persepsi keganasan terhadap minda manusia boleh dipanggil sebagai pengganas. 

Namun disebalik tuduhan tersebut Dr Zakir tetap bersyukur kerana banyak negara Islam menyokong usaha yang dilakukan beliau. Beliau juga tidak menyesal jika dipenjara malah berasa lega kerana dapat menyampaikan mesej kebaikan untuk manusia. 

Dr Zakir Naik beserta ahli keluarganya serta anggota yayasan Islamic Research Foundation itu menerima ancaman dan ugutan oleh pihak tertentu. 


.:.

No comments:

Post a Comment