Monday, March 6, 2017

"Bila Nak Kerja Kerajaan?"


Aku sedih… Tak pasti aku bengang dengan hidup aku atau bengang dengan mak cik pakcik sekeliling aku.

Aku seorang graduan ijazah sarjana muda.. telah graduasi pada tahun 2014. Cukup la sekadar tahu course aku tu course pure science. Masa belajar dulu aku adalah pemegang biasiswa JPA universiti tempatan. Bila dapat biasiswa JPA ni, rasa happy la sebab tak payah nak pinjam PTPTN. 

Semasa sign Agreement biasiswa itu, ada la clause agreement tu yang menyatakan aku terikat kontrak utk bekerja dengan kerajaan selama 5 tahun. Walaubagaimanapun, clause itu menyatakan bahawa aku akan dilepaskan dari kontrak berkenaan sekiranya tidak dipanggil berkhidmat selama setahun.

Akhirnya setelah membanting tulang di universiti selama 4 tahun, aku pon bergraduasi dengan gred 2nd upper class which is tak la excellent mana pun. Tapi Alhamdulillah aku tamat dalam masa yang ditetapkan.

Disebabkan sedara mara, orang kampung semua tahu aku ni dapat biasiswa JPA, dorg ingat automatik aku akan berkhidmat dengan kerajaan. Padahal aku sedar dengan clause agreement sebelum ni. 

Aku juga sedar yang peluang aku utk berkhidmat dlm kerajaan hampir tak ada bila melihat senior2 aku yang tidak dipanggil berkhidmat walaupon pemegang biasiswa JPA. Aku juga sedar JPA memberi keutamaan kepada kritikal course utk berkhidmat dgn kerajaan.

Point yang aku nak tekankan sini ialah anggapan orang2 disekeliling which is sedara mara dan org kampung. Mereka mempersoalkan kenapa aku tak dipanggil bekerja kerajaan! Penat aku explain yang agreement dulu ada cakap tak semestinya akan panggil berkhidmat dgn kerajaan. 

Tapi haram, ada je point dorg nak bangkang dan perkecilkan aku. Ada yang cakap anak mak cik dapat jer berkhidmat. Bagus la kalau dapat, tapi perlukah nak perkecil2kan orang lain yang tak dapat.

Aku cuba pekakkan telinga buat tak tahu, tapi makin lama makin menjadi2 bila dorg dok attack ibu aku. Ibu aku yang dulu tak kisah aku kerja kerajaan ke swasta ke tetiba berubah. Setiap masa ibu aku ada tanya, “bila nak kerja dgn kerajaan ni? Tak apply ke?” Pernah dia bawa aku jumpa seorang wakil rakyat ni utk jd kabel masuk kerajaan. Serius, Aku tak suka!

Padahal waktu itu aku telah bekerja di syarikat swasta dengan gaji yang agak lumayan. Tapi ibu tetap dengan soalannya “bila nak kerja kerajaan?”

Aku mengaku aku pernah amik ujian online PTD. Tapi belum ada rezeki utk ke next stage. Benda ni pun jadi isu bila aku gagal online test.

Aku sangat tertekan dengan keadaan sekarang. Aku nak pekakkan telinga dengan kata2 org sekeliling, tapi aku sedikit kecewa apabila ibu aku sendiri menyokong org sekeliling dari anak sendiri.


.:.

No comments:

Post a Comment