Saturday, March 4, 2017

Bila Cantik Yang Dicari


Nama aku Alin. Aku seorang model muslimah, acah-acah gitu ja. So kebanyakan kawan aku memang cantik-cantik, flawless, meletop gitu. Kawan rapat aku pun semua lawa-lawa, semua jenis glamour. Tapi ada seorang terkecuali. Sangat terkecuali. Aku panggil dia nur.

Nur ni sebenarnya cantik, manis orangnya. Jujur aku cakap, dia lagi cantik drpd kawan aku yg lain. Tapi cara dia memang lain. Baju dia saiz M ja, dia pakai L tak pun XL. Mmg semua labuh-labuh. So dia nampak besar. 

Tudung dia semua pattern sama, dia tak suka mekap, tak pernah rasanya. Kening dia macam lukis dah, mmg lawa. Dia tak suka ambil gambar, dia tak suka nak bergaya. Dia ni pulak jenis tak makan gambar, means lagi lawa kat luar drpd dalam gambar. Macam robot ja bila suruh posing. 

Yang paling penting, dia ni lemah lembut, pandai dan sangat menjaga peribadi. Bagi aku tu yang penting bila jadi perempuan. Ni harap muka segak, bila dating semua nak bagi kat buah hati tu. Hilang habis maruah diri.

Nak jadi cerita, Kami yang lain ni semua dah berpunya. Kebanyakan kawan aku, couple dengan abang-abang sado, bukan taktau diorang ni. Kadang tu tak hensem pun tapi sebab body lawa, memilih ya amat.

Padahal dia tak sedar, kepala dia kecil body besar tu lagi sakit mata aku tengok. Ada seorang lelaki ni minat dekat Nur. Hensem tapi jenis bajet sikit. Nur ni tak pernah bercinta, tapi bila semua orang pujuk, dia pun cakap, okay kawan ja dulu. Then berkawan la diorang.

Bila dah berkawan, macam-macam dia suruh Nur buat. Dia suruh Nur bergaya sikit, make up sikit, tu sikit ni sikit. Dia malu nak mengaku Nur ni girlfriend dia sebab Nur tak bergaya. Ig, fb Nur pun dia tak follow, dia kata gambar semua gambar passport. 

Tak sampai sebulan, Dia minta putus. Dia cakap dah la tak cantik, banyak pantang pulak. Nur pun setuju, Nur cakap, dia nak jadi diri dia sendiri, dia taknak berubah untuk orang. Sebenarnya aku rasa dia tak ada hati pun nak bercinta, dia tak suka dating-dating buang duit, buang masa. 

Kata dia, Ni bukan masa nak main-main, Kalau suka kawan sekejap nak Kenal then kahwin. Simple. Sentap jugak Kami Kadang2 Kalau dia cakap macam ni, ye la Kami ni asyik dating ja. tambah Kalau dia keluar bab agama. Menusuk Kalbu kot.

Sepanjang diorang berkawan selama sebulan, Nur tak pernah guna duit lelaki tu, tak pernah naik kereta sekali, tak pernah keluar berdua. Lelaki tu marah sebenarnya nur setuju macam tu ja diorang putus, terus dia cari perempuan lain, of course la senang ja nak dapat yang lawa dah dia hensem. 

Nur, sikit pun dia tak terusik. Aku tak nampak lansung tanda2 orang jiwa kacau. Masa putus tu, Nur nak exam. Lepas putus, terus dia study. Last-last result 3.9, boleh tahan jugak sakit hati tengok dia ni. Setahun berlalu, si lelaki tu dah berkawan dengan 3 different women.

Satu hari, Nur pergi tandas, tiba-tiba mesej drpd lelaki tu masuk. ” forgive me Nur, please ” . Aku terkejut jugak, bukan dah setahun ke putus? Aku bukak chat diorang, berlambak mesej drpd lelaki tu yang tak berbalas. 

Drpd diorang start putus sampai sekarang. He just don’t give up on her. Padahal dah ada girlfriend kot. Aku diam ja, aku tak cakap aku baca conversation diorang. Malam tu Aku ajak lelaki tu jumpa, dah aku Kenal, Aku nak tau dia nak apa sebenarnya. Aku takut dia ugut nur ke apa ke, dah la nur ni jenis innocent.

Bila jumpa, muka dia memang serabut. Dia cakap Nur lain orangnya. Sebab tu dia tak boleh move on. First time dia berkawan dengan perempuan yang taknak pakai bedak sebab nak jaga wudhuk. 

Tak pernah dia Kenal perempuan yang sanggup berjalan tengah panas pergi stesen bas sebab taknak naik kereta sekali dengan dia. Sepanjang sebulan kawan, dia tak pernah tengok muka nur betul-betul, asyik tunduk ja. 

Bila dia suruh nur bercerita, nur suka bercerita pasal macam mana nak jaga hubungan dgn Allah, macam mana nak jadi anak yang baik. Dia punya bercerita sampai memang masuk dalam hati. Pendek kata, nur mengajak dia kearah kebaikan. 

Kadang-kadang dating pergi rumah anak yatim, pergi hospital saja-saja duduk dekat ruang menunggu tu tengok org sakit. Pernah pergi rumah orang tua. Memang jarang la nak pergi mall, tgk wayang apa semua tu. Satu ayat lelaki dia yang buat aku terasa sikit jugak tapi dalam masa yang sama mengaku betul dia cakap.

”Bila aku nak yang cantik, cantik semata la aku dapat. Girlfriend aku semua jenis tak boleh buat bini. Tersentuh sikit ja tangan diorang yang over nak pegang tangan aku. Pakai tudung tapi agama hilang. 

Tak boleh susah sikit, mengada lebih, mentang-mentang aku ada kereta, buat aku macam driver. Ada yang sanggup tak solat sebab malas nak kena buang makeup. Tapi kalau peribadi elok, dia boleh ubah orang sekeliling dia berubah jadi baik. Tak perlu nak cantik, naturally orang akan nampak dia cantik. Macam Nur, satu dalam seribu ” lebih kurang macam tu la ayat dia. Boleh tahan jugak mamat ni Kalau bercakap.

See? Sebulan ja kot kawan. Tapi Nur dah boleh influence orang macam tu. Aku ada pujuk Nur suruh baik balik dgn lelaki tu, memang tak jalan la. Dia nak tunggu habis belajar lepas tu sapa nak kat dia terus kahwin. Kalau tak, dia nak Kerja simpan duit nak beli kereta kat mak dia. Kalau ada jodoh, ada la.

Bila lelaki tu cakap macam tu, aku setuju sebenarnya. Nur ni suka pergi ceramah, takpun tengok kat YouTube, bila habis tengok ja dia terus share dengan Kami. Dia punya cerita tu, Kadang2 boleh menangis Kami ni. Nur tak pernah tegur pakaian Kami, tapi pelan-pelan dia bagi hint ” Kita perempuan Kalau jaga aurat pun dah dapat pahala. Biar panas kat dunia, nanti kat akhirat sejuk “. Wah, gila tak sentap kena macam ni. Haha

Semua cerita ni jadi pengajaran. Nak sangat kan yang cantik, dapat yang cantik ja la. Lepas tu frust sorang2 dalam diam. Macam aku ni, muka bukan main jaga, masak lansung tak reti. Tapi setakat la sedar diri lagi, btw aku dah masuk kelas memasak, inshallah lepas ni pandai dah.


.:.

No comments:

Post a Comment