Saturday, March 18, 2017

"Aku Mangsa Fitnah Oleh Kakak Aku Sendiri Sampai Ibu Bapa Sendiri Tak Percaya Pada Aku"


Aku cuma nak luahkan benda ni sebab aku nak korang ambil pengajaran dari cerita aku ni. Ni memang cerita betul aku xde reka2 ke ape. Benda ni memang aku alami sendiri.

Aku F. Asal dari Perlis. Umur 20 tahun and sedang melanjutkan pelajaran di sebuah universiti awam di Malaysia .

Apa yang aku nak cerita ni kisah aku kena fitnah. Yes FITNAH. Dengan kakak aku sendiri pula tu. Sedihkan hidup aku sepatutnya adik beradik la tempat kita nak luah, nak bercerita, tempat kita bergantung tapi aku xde semua ni. 

Dalam family aku ni aku la yang boleh dikatakan paling berjaya setakat ni sebab dapat masuk universiti. Tapi sumpah aku cakap kalau aku tau dengan masuk u hubungan aku dengan kakak aku jadi teruk aku x nak masuk u. Aku x tau la apa masalah kak aku ni sampai nak fitnah aku macam2. 

Nak kata aku buat salah aku rasa x sebab aku ni jenis pendiam x banyak cakap. Dan yang paling sakit tu dia fitnah aku depan mak abah kami lagi. Dia cakap dekat mak aku aku sejak2 sambung belajar ni jadi makin liar. Keluar dengan kawan laki. Memang aku keluar dengan kawan laki tapi ramai-ramai kot 7 girls 2 boys kitaorang keluar sekali. 

Tu pun keluar bukan pergi enjoy saja-saja kitaorang keluar sebab kena buat projek kat luar. Lepas habis projek kitaorang pergi jalan-jalan pantai lepak makan kejap. Aku ni jenis yang jarang keluar kalau xde benda penting. Kak aku tahu pasal ni masa aku balik cuti sem kak aku ambil fon aku buat spotcheck dia nampak ada boys dalam gambar (gambar ramai-ramai 7 girls 2 boys) mula la dia cakap kat mak aku aku ni dah pandai keluar dengan laki. 

Aku ni memang x pernah keluar dengan laki masa sekolah dulu. Sebab tu la kak aku kata aku bila dah makin jauh dengan rumah dah pandai buat perangai. Pastu aku sekarang tengah berkawan dengan sorang laki ni budak satu u dengan aku. Masa balik cuti sem haritu jugak la kak aku nampak aku ws dengan A ni. 

Pastu dia mula la bising satu rumah cakap aku ni dah pandai menggatal sejak-sejak duk jauh ni. Pastu dia tahu yang si A ni satu u dengan aku dia pun cakap la kat parent aku elok la satu u nanti senang la nak pi dating pastu mula la buat benda tak elok. Yang ni paling aku sedih. Aku tau la aku ni bukan budak sekolah agama tapi halal haram tu aku tau lagi kot nak beza. Aku x bodoh la nak serah diri aku dekat mana2 lelaki pun. Aku waras lagi la. 

And untuk pengetahuan korang semua aku dengan A x pernah keluar dating sekali pun sebab kitaorang dah janji nak kawan je x nak dating2 bagai kalau ada jodoh lepas habis degree kahwin. Pasal rambut aku pun jadi isu. Rambut aku ni panjang so bila nak pakai tudung kena la sanggul. Bila dah selalu sangat sanggul jadi la macam curl tu dekat hujung-hujung tu. 

Kak aku cakap aku buat treatment rambut entah2 duk sana free hair. Sakit wey tuduh aku macam tu. Yang ni aku boleh sabar lagi dia duk fitnah aku. Yang buat aku tawar hati dengan kak aku lepas aku dengar dia cakap kat mak aku yang aku tipu mak aku pasal kelas. Kak aku cakap dekat mak aku yang kelas aku ni dalam seminggu dua hari je yang ada kelas. 

Kak aku cakap kat mak aku tunjuk kat dia jadual kelas aku. Ya Allah padahal aku x pernah tunjuk pun jadual kelas aku dekat dia. Kelas aku memang pack isnin sampai jumaat. Dia cakap kat mak aku kelas dua hari je hari-hari yang lain aku pergi mana. Mesti keluar buat benda x elok. 

Yang ni memang aku marah sangat-sangat sebab mak aku sampai x percaya dekat aku. Mak aku buat soal siasat dekat aku macam-macam. Parent aku ni orang kampung. Kak aku ni duk cakap la mentang-mentang la parent aku ni orang kampung kiranya aku ni perbodohkan diorang la.

Untuk pengetahuan korang semua kak aku ni dah kahwin anak dah 3 pun. Dia x duduk dengan family aku kebetulan masa aku cuti sem tu dia balik rumah parent aku sebab nak bersalin dekat rumah mak aku. Dia cakap apa pun aku kena bersabar x boleh menjawab sebab dalam pantang kan. Nanti emosi terganggu. 

Aku ingatkan lepas dah habis pantang berubah. Rupanya x jugak. Baru-baru ni mak aku ws aku sebab kak aku cakap dekat mak aku yang aku upload gambar dalam insta x pakai tudung. Mak aku x dak insta tu kak aku cakap aku ni berlakon baik. Depan parent baik belakang macam setan. Ya Allah sakit sangat. Dosa apa yang aku buat sampai macam ni sekali dia fitnah aku.

Memang aku dah tawar hati dengan family aku. Sanggup buat aku macam ni. Kalau family jauh aku x kisah ni family kandung kot. Aku balik cuti sem nak lepas rindu maklum la duduk jauh. Last-last balik macam duduk dalam neraka. Sampai satu hari tu pernah aku pikir kalau macam ni la baik aku mati. 

Kalau hidup pun semua macam x de hidup. Memang orang akan cakap aku bodoh sebab pikir macam tu tapi korang x pernah rasa macam yang aku rasa korang boleh la cakap macam-macam. Korang bukan dekat tempat aku. 

Cuba korang bayang apa perasaan korang bila orang yang kau percaya, orang yang kau harap dapat tolong kau, tempat bergantung kau buat kau macam ni. Buang kau. Fitnah kau macam-macam. Aku dah x de sape-sape pun sekarang. Orang yang aku percaya semua dah x percaya aku hanya sebab fitnah.

Sekarang ni kalau parent aku tanya balik ke x cuti aku cakap ada program. Cuti yang kejap-kejap memang aku x balik. Sebab aku dah terlampau sakit hati. Kepada kakak2 dekat luar sana tolong la jangan jadi macam kak aku.


.:.

No comments:

Post a Comment